Arsenal sedia belanja besar untuk Eduardo Camavinga.

Arsenal meletakkan € 50 juta + pemain tengah sebagai keutamaan musim panas ini.

Walaupun tersingkir dari saingan Liga Europa dan mungkin tidak akan beraksi dalam mana-mana kejohanan Eropah musim depan, namun itu tidak menghalang Arsenal dari berusaha bersungguh-sungguh pada jendela perpindahan musim panas ini.

Terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan skuad di Emirates menjelang musim depan kerana pemain yang dimiliki Mikel Arteta ketika ini tidak memenuhi kriteria dan kualiti diperlukan bagi menghadapi saingan lebih berat.

Arteta memerlukan skuad yang mampu bersaing dengan lebih konsisten bagi menempatkan diri dikalangan empat teratas musim depan.

Kedudukan kesembilan ketika ini menunjukkan bahawa Arsenal mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pemain teratas di Eropah.

Jalan terbaik mungkin The Gunners terpaksa melabur dalam mengembangkan bakat-bakat muda yang berpontensi untuk menyinar dalam setahun dua ini.

Itulah sebabnya tidak menghairankan apabila melihat Arsenal berada dalam pertarungan untuk menandatangani pemain tengah Perancis, Eduardo Camavinga, yang boleh meninggalkan Rennes musim panas ini.


Le10 Sport menjelaskan bahawa Arsenal berusaha dengan bersungguh-sungguh dan meletakkan segalanya di tempat agar berada dalam posisi yang sempurna untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu.

Tindakan The Gunners itu nampaknya menjadikan pemain tersebut sebagai keutamaan besar untuk musim panas ini dan sedia melakukan apa saja untuk mendapatkan Camavinga.

going full throttle

Baru-baru ini Jonathan Barnett, yang dipercayai wakil (ejen) kepada Camavinga menyatakan bahawa ada kemungkinan pemain itu akan bergerak menuju ke Liga Perdana Inggeris, tetapi perkara itu harus dilihat adakah pasukan Utara London ini benar-benar mampu membayar yuran untuk menandatangani pemain itu.

Ini kerana Le10 percaya sebarang tawaran di bawah € 50 juta tidak mungkin dapat menrealisasikan perpindahan itu kerana Rennes menyedari betapa besarnya bakat pemain muda mereka itu, walaupun menyedari kontrak  perjanjian mereka bersama  Camavinga akan berakhir pada tahun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post