Kelab telah 'meminta secara rasmi' untuk pemain tengah Arsenal dan pemain tidak menentang prospek untuk berpindah ke sana.
Pada tahap ini, kini kelihatan jelas bahawa Lucas Torreira tidak akan tinggal di Atletico Madrid atau Arsenal setelah musim berakhir.
Dipinjamkan oleh The Gunners ke Colchoneros musim panas lalu, pemain tengah itu gagal memberi kesan positif sepanjang tempoh tersebut di Sepanyol dan sekarang Torreira berharap dapat mencari kelab lain musim depan.
Baik dia ataupun ayahnya, masing-masing telah menyatakan keinginannya untuk bermain bersama Boca Juniors, bukan hanya kerana dia meminati pasukan Argentina itu, tetapi juga kerana kehendaknya untuk kembali ke Amerika Selatan setelah kematian ibunya.
Namun, menurut cerita dari Libertad Digital, kelab Buenos Aires belum lagi bergerak ataupun bertindak dalam usaha mereka untuk mendapatkan Torreira.
Dikatakan kelab itu belum berunding untuk mengetahui syarat-syarat dan terma bagi menandatanganinya dan juga masih belum menghubungi Arsenal.
Tetapi ada satu kelab yang sudah mula bertindak dan itu adalah Sevilla.
Laporan itu mendakwa bahawa pasukan Sepanyol ‘secara rasmi bertanya’ mengenai pemain tengah itu, yang masih memandang tinggi dengan kelebihan Torreira yang seterusnya memberi peluang untuk pemain tersebut terus bermain di La Liga musim depan.
Libertad Digital tidak menjelaskan sama ada Sevilla ingin mendapatkan Torreira melalui perjanjian pinjaman atau mereka mahu membelinya dari Arsenal.
Laporan itu juga menambah bahawa Inter Milan tetap berminat dengan pemain tengah itu.