Dah jumpa dah gigi.

Gabriel Magalhaes telah menemui giginya yang hilang ketika meraikan hari terakhir David Luiz semalam.

Bekas pemain pertahanan Lille itu adalah sebahagian daripada pemain yang 'menyebabkan' khidmat David Luiz tidak lagi diperlukan musim depan.

Luiz semalam telah membuat penampilan terakhirnya di Stadium Emirates dan akan meninggalkan The Gunners setelah dua musim sejak dia bergabung dari Chelsea.

Ketika para pemain meraikan hari terakhir Luiz, Gabriel bagaimanapun mengalami insiden yang menyebabkan giginya tercabut.

Baca: 📹 Gigi Gabriel hilang!

Pemain Brazil itu dilihat mencari giginya yang tercabut sebaik sahaja jatuh. Beberapa rakan sepasukannya seperti Willian dan Thomas Partey melihat aksi lucu itu dan tidak dapat menahan diri daripada ketawa.

Gabriel turut meminta bantuan daripada rakan-rakan dan kakitangan kelab untuk mencari dengan gigih giginya yang hilang itu.

Berita baiknya ialah giginya telah dijumpai dan telah mendedahkan perkara itu melalui laman Instagram (Insta Story).

Gabriel bukanlah pemain Arsenal pertama yang kehilangan giginya, Paul Merson dan Mikel Arteta juga mengalami kejadian yang sama dalam suasana penuh dengan kegembiraan, walaupun menderita menjalankan tugas bersama kelab.

Paul Merson meraikan kemenangan dan dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan setelah Arsenal memenangi final Piala Liga 1993.

Arteta kehilangan gigi dalam pertembungan liga ketika menentang Hull City pada tahun 2014

Ketiadaan Luiz musim depan memberikan lebih banyak peluang kepada Gabriel untuk membuktikan dirinya dan diharapkan Arsenal lebih kental selepas ini dengan kebangkitan pemain-pemain muda.

Post a Comment

Previous Post Next Post