Newcastle mahu kekalkan khidmat Willock.

Newcastle United dilaporkan berminat untuk mendaftar semula pemain tengah Arsenal dan adakah ini langkah bijak untuk Bruce?

Dalam wawancara baru-baru ini sebagaimana dilaporkan Express, pengurus Newcastle United, Steve Bruce mengesahkan bahawa dia ingin menandatangani semula Joe Willock setelah tempoh pinjamannya di St. James' Park berakhir pada akhir bulan ini.

Pengurus Magpies itu berkata, "Melihat dia bermain, anda dapat melihat pemain muda menikmati dirinya sendiri dan menikmati kebebasan yang telah kita berikan kepadanya, lesen untuk mara kedepan.

"Dia memberikan kita sesuatu yang pastinya tidak kita miliki sebelumnya. Dia pemain yang sangat baik. 

"Jadi saya katakan sekarang selama tiga atau empat minggu, kami ingin membawanya kembali.

"Tentu saja dia adalah pemain Arsenal, tetapi kita berharap kita dapat menguji tekad mereka."

Pinjaman Willock sangat cemerlang di Tyneside musim ini.

Willock telah menikmati tempoh pinjaman sangat produktif bersama The Magpies kerana dia telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, tampil dengan persembahan mengagumkan selain menjadi penyumbang gol di bahagian tengah skuad Steve Bruce itu.

Rekod jaringan Willock bersama Magpies juga amat memberangsangkan apabila berjaya menjaringkan lapan gol dalam 14 penampilan musim ini.

Pemain kelahiran London ini mempengaruhi permainan skuad Magpies dengan secara purata melakukan 1.9 bentesan, 1.2 pintasan, 0.7 clearances, 1.4 percubaan, 0.6 kunci hantaran dan 1.6 gelecekan untuk setiap perlawanan dalam Liga Perdana musim ini. 

Willock bahkan telah mengedarkan bola dengan agak baik dari bahagian tengah, seperti yang dibuktikan dengan kadar lengkap hantarannya (pass completion) sebanyak 77.1% - sumber statistik berdasarkan Whoscored.

Lebih membanggankan, pemain berusia 21 tahun itu turut telah menyamai rekod yang diciptakan lagenda kelab Newcastle, Alan Shearer yang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan secara berturut-turut dalam tujuh perlawanan.

Adakah menandatangani semula Willock akan menjadi langkah yang baik untuk The Magpies?

Willock adalah pemain tengah yang masih muda dan tangkas, yang dapat melakukan beberapa tindakan bijak dengan bola dari bahagian tengah. 

Dia mempunyai kadar kerja yang sangat tinggi, baik di dalam mahupun di luar padang yang telah menjadikannya pemain yang sangat berharga dalam skuad Bruce pada separuh kedua kempen kali ini.


Willock telah menunjukkan hasrat besar untuk memenangi bola bagi pasukannya dan tidak keberatan membuat banyak larian, termasuklah kerja-kerja clearances di dalam sendiri.Dia juga telah menambah gol dalam aksi terkini dan berhak mendapat banyak pujian kerana rekod jaringan yang diciptanya walaupun dalam tempoh yang singkat.

Jelas dia mampu menyesuaikan diri dengan cepat dan serasi dengan taktikal yang diterapkan Bruce. 

Oleh itu, tidak ada keraguan bahawa ia akan menjadi langkah yang sangat baik bagi Newcastle jika mereka dapat mencari jalan untuk menyelesaikan perjanjian baharu untuknya, sama ada secara pinjaman atau secara kekal pada musim panas ini. 

Pada usia 21 tahun, Willock adalah pemain yang semakin meningkat naik dan tidak dinafikan akan menambahkan lebih banyak kualiti untuk bahagian tengah Bruce bagi mengharungi kempen baharu.

Dengan mempertimbangkan semua perkara diatas, Magpies harus berusaha lebih keras, mencuba segala yang mereka mampu untuk menandatangani semula pemain muda yang berbakat besar ini pada jendela perpindahan musim panas nanti kerana dia sudah tahu apa yang diperlukan untuk menjadi pemain yang konsisten di bawah jagaan Bruce.

Manakala Arsenal, mungkin mendapat faedah dengan membiarkan Willock berkembang bersama Newcastle sebelum memanggilnya pulang dan menawarkan kontrak baharu.

Kontrak semasa Willock bersama The Gunners akan berakhir pada Jun 2023 dan tempoh pinjaman baharu (satu musim) mungkin mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Post a Comment

Previous Post Next Post