Harga Tapsoba terlalu tinggi buat The Gunners.

Arsenal ingin mendapatkan Edmond Tapsoba dari Bayer Leverkusen musim panas ini.

Arsenal musim ini memiliki pertahanan tengah yang tidak konsisten setelah menggunakan tujuh pemain berbeza dalam posisi itu.

Rob Holding menjadi pemain pertahanan tengah yang paling banyak membuat penampilan dengan 30 kali untuk The Gunners dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jumlah itu juga menjadikan dirinya pemain kelima Arsenal paling banyak membuat penampilan dengan:

  1. Bernd Leno - 37 penampilan, 
  2. Bukayo Saka - 32 penampilan, 
  3. Alexandre Lacazette - 31 penampilan berkongsi jumlah yang sama dengan 
  4. Granit Xhaka.

Salah seorang pemain pertahanan tengah Arsenal yang tampil lebih kerap dengan melakukan 20 penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini adalah David Luiz, yang disahkan akan meninggalkan Stadium Emirates musim panas ini setelah kontraknya tidak disambung.

Ketiadaan Luiz musim depan mungkin mampu diisi ataupun digalas oleh pertahanan muda Arsenal iaitu Gabriel yang telah membuat 23 penampilan musim ini.

Malah Arsenal turut memiliki seorang lagi pemain pertahanan tengah muda, William Saliba yang akan kembali ke Emirates hujung musim ini selepas menamatkan pinjamannya bersama kelab Perancis, OGC Nice.

Pun begitu menurut laporan media Jerman, Kicker mendedahkan bahawa Arsenal berminat untuk mendapatkan pertahanan Bayer Leverkusen, Edmond Tapsoba.

Bagaimanapun, usaha The Gunners itu tidaklah mudah memandangkan kelab itu tidak bersedia melepaskan pemain tersebut.

Edmond Tapsoba, pertahanan tengah berusia 22 tahun.

Akhbar itu menjelaskan bahawa Leverkusen tidak berminat menjual pemain bintang mereka pada musim panas ini dan dengan Tapsoba yang masih mempunyai kontrak bersama mereka sehingga 2026, mereka tidak begitu terdesak untuk melakukannya.

Mereka akan menolak semua tawaran musim panas ini, tetapi Arsenal berminat untuk mendapatkan pemain itu ketika Mikel Arteta ingin membina semula pertahanan The Gunners pada musim panas ini.

Petikan laporan Kicker.

Bagaimanapun, Arsenal mampu untuk mendapatkan pemain tersebut sekiranya mereka sedia mengeluarkan belanja besar sekitar € 80 juta ditambah bonus, yang sama dengan Havertz ke Chelsea tahun lalu, untuk mengubah pihak Leverkusen.

Pandangan penulis, adalah mustahil dan tidak mungkin Arsenal melangkah sejauh itu dengan situasi kewangan kelab yang teruk setelah gagal bersaing dalam saingan Eropah musim depan serta ditambah dengan kewangan semasa kelab yang telah terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Oleh itu, pada ketika ini, perpindahan ke Emirates nampaknya tidak mungkin dilakukan oleh Tapsoba, yang harganya terlalu tinggi untuk The Gunners.

Post a Comment

Previous Post Next Post