Penentuan juara liga terhebat?
Tanpa ragu lagi ia adalah kenangan indah buat kita pada malam kemenangan Arsenal ke atas Liverpool tahun 1989.
Tarikh 26.5.89 merupakan tarikh yang seharusnya terpahat pada ingatan kita selaku penyokong dan peminat Arsenal malah ianya mungkin juga menjadi ingatan kepada penyokong Liverpool itu sendiri.
Sebelum Aguero mahupun Fergie memimpin kedua-dua pasukan Manchester menjuarai liga, George Graham terlebih dahulu membawa Arsenal menjuarai kejohanan utama ini apabila berjaya menewaskan Liverpool pada tahun 1989.
Perlawanan tersebut boleh dikatakan satu perlawanan epik sehinggakan ianya didokumentarikan.
Ramai yang mengetahui keputusan perlawanan itu tetapi tidak ramai yang mengetahui semua ramuan dan sejarah disebalik kejayaan tersebut.
Arsenal memerlukan kemenangan dengan kelebihan dua gol untuk dinobatkan selaku juara dan perkara itu dilihat sukar memandangkan perlawanaan ini berlangsung ditempat lawan.
Malah Liverpool ketika itu mempunyai reputasi besar dengan memiliki enam gelaran liga, dua Piala FA, empat Piala Liga dan ditambah dengan dua Piala Eropah, sudah tentu mereka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Arsenal dilaman sendiri ketika itu.
Skuad Liverpool juga memiliki barisan pemain ternama dan terbaik di Eropah, penuh dengan pemain antarabangsa dan dipimpin oleh pengurus lagenda mereka Kenny Dalglish.
Musim itu, rekod perlawanan Liverpool sangat cemerlang dimana mereka tidak pernah kalah dalam 24 perlawanan dan juga tidak pernah tewas dengan dua gol di Anfield sejak 1986, serta mereka sekali lagi mengejar gelaran berganda.
Manakala Arsenal pula tidak pernah menang di Anfield sejak 74 dan ramai pundit tidak memberi menjangka bahawa The Gunners mampu merebut kejuaraan musim itu dan juga mengalahkan Liverpool dengan kelebihan dua gol.
Malah rata-rata pundit ketika itu menyifatkan perlawanan tersebut adalah perlawanan budak-budak (Arsenal) menentang orang dewasa (Liverpool).
Namun Arsenal menyanggah dakwaan dan tanggapan para pundit itu dengan menampilkan aksi cemerlang serta mencatatkan keputusan yang penuh dengan kejutan.
Skuad yang terdiri daripada campuran budaya di luar bandar London, utara & selatan, The Gunners adalah skuad istimewa, gila, muda dan penuh dengan keghairahan akhirnya berjaya menundukkan skuad yang dianggap dewasa dan lebih matang untuk menjuarai liga dalam kemenangan penuh epik.
Pengurus kita, George Graham, mempelajari semua ini di The Den, menanamkan semangat juang Millwall dalam diri kita. Walaupun tidak ada yang menyukai, namun kita tidak peduli.
Dua pasukan yang boleh memenangi gelaran juara liga bermain menentang satu sama lain dalam perlawanan penting, perlawanan terakhir untuk dinobatkan selaku juara liga.
Insiden Hillsborough juga menjadi salah satu punca mengapa perlawanan ini menjadi epik.
Kita (Arsenal) sepatutnya (dijadualkan) bertemu Liverpool tidak lama selepas trajedi itu, namun pihak Liverpool meminta FA menangguhkannya.
Namun pihak FA menolak permintaan tersebut dan Arsenal berdiri teguh menyokong keputusan Liverpool untuk dijadualkan semula pertemuan / perlawanan itu.
Akhirnya pihak FA mengalah.
Bukan sahaja diatur semula, ia juga satu-satunya perlawanan liga yang masih belum dimainkan, malah ia dijadualkan bermain pada hari Jumaat, tidak seperti biasa.
Selanjutnya, perlawanan ditangguhkan hampir 15 minit kerana trafik sesak ekoran cuti umum. Suasana hampir tenang dan Arsenal menyumbangkan cek bernilai £ 30k untuk dana Hillsborough dan memberikan bunga kepada orang ramai.
Menjelang tiupan penamat, dengan Arsenal ketika itu mendahului Liverpool 1-0, para penyokong tuan rumah memutarkan mafla di udara dengan laungan keramat mereka YNWA kerana menyangkakan kejuraan menjadi milik mereka (kerana Arsenal perlu memenangi dengan kelebihan dua gol untuk mucul juara liga), namun semuanya terdiam saat Thomas menjaringkan gol penting Arsenal.
Michael Thomas menjaringkan gol kemenangan dramatik di Anfield. |
Mereka (penyokong Liverpool) diam terkedu, pemain mereka jatuh satu persatu setelah hilangnya semangat juang dan ditimpa kehampaan.
Semuanya menjadi sejarah.
Terakhir, sebuah filem bebas telah dihasilkan, ianya begitu terkenal, berjudul Arsenal 89. Selebihnya anda sendiri mengetahuinya.
Pos | Team | Pld | W | D | L | GF | GA | GD | Pts |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Arsenal | 38 | 22 | 10 | 6 | 73 | 36 | +37 | 76 |
2 | Liverpool | 38 | 22 | 10 | 6 | 65 | 28 | +37 | 76 |
3 | Nottingham Forest | 38 | 17 | 13 | 8 | 64 | 43 | +21 | 64 |
4 | Norwich City | 38 | 17 | 11 | 10 | 48 | 45 | +3 | 62 |
5 | Derby County | 38 | 17 | 7 | 14 | 40 | 38 | +2 | 58 |
6 | Tottenham Hotspur | 38 | 15 | 12 | 11 | 60 | 46 | +14 | 57 |
7 | Coventry City | 38 | 14 | 13 | 11 | 47 | 42 | +5 | 55 |
8 | Everton | 38 | 14 | 12 | 12 | 50 | 45 | +5 | 54 |
9 | Queens Park Rangers | 38 | 14 | 11 | 13 | 43 | 37 | +6 | 53 |
10 | Millwall | 38 | 14 | 11 | 13 | 47 | 52 | −5 | 53 |
11 | Manchester United | 38 | 13 | 12 | 13 | 45 | 35 | +10 | 51 |
12 | Wimbledon | 38 | 14 | 9 | 15 | 50 | 46 | +4 | 51 |
13 | Southampton | 38 | 10 | 15 | 13 | 52 | 66 | −14 | 45 |
14 | Charlton Athletic | 38 | 10 | 12 | 16 | 44 | 58 | −14 | 42 |
15 | Sheffield Wednesday | 38 | 10 | 12 | 16 | 34 | 51 | −17 | 42 |
16 | Luton Town | 38 | 10 | 11 | 17 | 42 | 52 | −10 | 41 |
17 | Aston Villa | 38 | 9 | 13 | 16 | 45 | 56 | −11 | 40 |
18 | Middlesbrough | 38 | 9 | 12 | 17 | 44 | 61 | −17 | 39 |
19 | West Ham United | 38 | 10 | 8 | 20 | 37 | 62 | −25 | 38 |
20 | Newcastle United | 38 | 7 | 10 | 21 | 32 | 63 | −31 | 31 |