Pengarah Sukan AC Milan, Paolo Maldini mengesahkan bahawa penjaga gol mereka, Gianluigi Donnarumma bakal meninggalkan pasukan itu secara percuma hujung musim ini.
Donnarumma sememangnya sudah dijangka akan meninggalkan Milan selepas kontraknya berakhir musim ini dan Milan pula dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Lille, Mike Maignan yang dilaporkan sudah menjalani ujian perubatan.
Walaupun bertekad untuk mengakhiri karier di Milan, namun hala tuju Donnarumma masih belum jelas biarpun beberapa pasukan ternama seperti Juventus, Manchester United dan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
“Saya fikir kita patut mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang memberikan sumbangan untuk musim yang sangat menakjubkan ini.
"Gigio [Donnarumma] adalah seorang pemimpin dan dia juga adakalanya mengetuai pasukan ini sebagai kapten.
"Kadang kala orang menganggap untuk menjadi profesional, seseorang pemain perlu menukar kelab.
"Ia sukar untuk diterima pada saya tetapi dalam dunia bolasepak sekarang, adalah sukar untuk mencari pemain yang kekal dengan satu kelab sepanjang karier mereka.
"Kita perlu memberi penghormatan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan untuk Milan.
"Adakalanya anda perlu berubah angin dan saya berharap Donnarumma akan terus berjaya di masa akan datang," kata Maldini.
Spekulasi perpindahan Donnarumma sebelum ini menimbulkan kemarahan penyokong apabila dia dikatakan enggan menandatangani kontrak baharu untuk menyertai Juventus secara percuma.
Manakala menurut laporan Fabrizio Romano, Barcelona masih belum memutuskan keputusan mereka sama ada mahu menandatangani Donnarumma atau tidak sambil turut mengatakan bahawa Juventus juga berminat menandatangani penjaga gol ini.
Mino Raiola spoke with Barcelona in the last few hours about Gianluigi Donnarumma. He’s a free agent now - Marc ter Stegen is 100% staying as 1st goalkeeper, untouchable. 🚨 #FCB
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 27, 2021
Barça board will decide soon whether signing Donnarumma or not. Juventus are interested too.