Real Betis memperhebatkan usaha untuk mendapatkan Bellerin.

"Dalam beberapa hari ke nanti, berita mengenai masa depan Bellerin dan Betis dapat diputuskan," kata ABC.

Betis memperhebatkan hubungan untuk menandatangani Bellerin namun kesepakatan agak rumit untuk dicapai kerana ‘harga tinggi’ yang ditetapkan oleh The Gunners.

Semalam, berita dari Sepanyol mendedahkan bahawa Real Betis telah menghubungi ejen Hector Bellerin dan Arsenal kerana ingin menandatangani bek kanan itu.

Pasukan La Liga itu difahamkan perlu membawa pengganti Emerson Royal, yang akan berpindah ke Barcelona.

ABC de Sevilla kini mendakwa pasukan Manuel Pellegrini telah memperhebatkan hubungan dengan wakil ataupun ejen pemain berusia 26 tahun itu.

Walaupun Bellerin dilaporkan turut menerima tawaran yang lebih baik dari tempat lain, tetapi keinginannya untuk kembali ke Sepanyol adalah ‘salah satu aset utama’ yang dimiliki Los Verdiblancos dalam operasi itu. 

Hubungan sentimental dengan Real Betis [ayahnya adalah penyokong kelab itu] dapat membawanya lebih dekat dengan Benito Villamarin (stadium Real Betis).

Kehadiran Pellegrini dan aksi Liga Europa Real Betis musim depan juga dapat membantu Bellerin untuk membuat keputusan dengan lebih baik. Namun, jumlah bayaran yang dipinta Arsenal mungkin menyukarkan Real Betis.

Pellegrini diumumkan menjadi pengurus Real Betis pada 9 Julai 2020, menggantikan Alexis Trujillo.

Musim ini, khidmat Bellerin tidak begitu digunakan dan boleh dikatakan Mikel Arteta tidak terlalu bergantung pada rakan senegaranya dalam tiga bulan terakhir.

Walaupun begitu, Bellerin tetap memiliki harga tinggi di pasaran, kerana dia masih mempunyai kontrak bersama The Gunners sehingga 2023.

ABC mendakwa kelab Sepanyol itu dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Arsenal tidak lama lagi dan mereka yakin tekanan dari Bellerin untuk memilih destinasi seterusnya dapat membantu Real Betis mendapatkan khidmatnya.

Namun, itu bukan satu 'operasi mudah' kerana Real Betis tidak mampu memenuhi harga permintaannya yang 'tinggi'. 

Salah satu jalan penyelesaian yang mungkin adalah dengan melakukan pinjaman beserta ‘pilihan pembelian’ yang nampaknya menjadi formula pilihan untuk Betis mendapatkan Bellerin pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post