One Piece - Sinopsis

One Piece - Siri ini memfokuskan pada Monkey D. Luffy, seorang pemuda yang ingin menjadi Raja Lanun setelah terpesona dan terpengaruh dengan Red Haired Shanks.

Luffy memulakan perjalanan dari Laut Biru Timur untuk mencari harta karun dan mula menrekrut anak buahnya sendiri serta menggelarkan pasukannya Straw Hat Pirates.

Dalam usaha tersebut, Luffy menyelamatkan pendekar pedang bernama Roronoa Zoro yang menjadi krew pertama Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates), dan mereka mula berlayar mencari One Piece.

Shanks "Berambut Merah" (Red Haired Shanks), biasanya dikenal sebagai "Rambut Merah" adalah ketua Lanun Rambut Merah dan salah satu daripada Empat Maharaja yang memerintah Dunia Baru.

Sepanjang perjalanan itu, mereka mula bertemu dengan individu-individu unik yang akhirnya mereka itu menjadi krew Luffy.

Mereka bergabung dengan Sanji (tukang masak), Nami (pengemudi dan pencuri); Usopp, penembak tepat dan pembohong patologi, Tony Tony Chopper (doktor berhidung biru), Nico Robin (ahli arkeologi), Franky (tukang kapal dan senjata), Brook (pemuzik) dan Jimbei (jurupandu krew).

Bersama-sama, mereka menemui lanun lain, pemburu lanun, organisasi jenayah, revolusioner, ejen rahsia dan tentera Kerajaan Dunia yang korup.

Pelbagai rakan dan musuh lain juga ditemui ketika mereka berlayar ke laut untuk mengejar impian mereka.

#OnePiece



Post a Comment

Previous Post Next Post