Arteta akan buktikan kemampuan setelah tersingkir dari Liga Europa.

Mikel Arteta mengatakan bahawa dia akan membuktikan dirinya sememangnya layak sebagai pengurus Arsenal  setelah disingkirkan oleh Villarreal dalam saingan Liga Europa.

The Gunners gagal mengatasi Villarreal di separuh akhir kedua setelah hanya mampu mencatatkan keputusan seri 0-0 di Stadium Emirates dan akhirnya terkeluar dari saingan Liga Europa, 2-1 secara agregat.

Satu keputusan yang amat mengecewakan seluruh warga Arsenal termasuklah peminat dan penyokong setelah mengharungi satu lagi detik menyedihkan dalam menghadapi musim yang penuh suram kali ini.

Kegagalan tersebut juga akan menjadi lebih pilu dan menyeksakan kerana bakal menghadapi prospek tiada lagi aksi Eropah musim depan untuk pertama kalinya dalam 25 tahun.

Ini ditambah dengan kedudukan kesembilan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris dengan baki saingan hanya tinggal empat perlawanan lagi.

Selepas kekalahan dan tersingkirnya dari saingan Liga Europa (peluang untuk mendapatkan aksi Eropah musim depan berkecai) dan dengan kedudukan terkini Arsenal ditangga kesembilan, pertanyaan kini mula timbul mengenai masa depan Arteta di kelab berikutan kempen yang mengecewakan.

Namun Arteta menegaskan bahawa dia adalah orang yang tepat untuk menggalas jawatan itu.

Ketika ditanya adakah dia adalah orang yang tepat untuk memilih pemainnya, Arteta berkata: "Saya tidak akan duduk di sini jika saya tidak dapat. Anda akan melihatnya. Ini bukan soal bercakap, ini tentang menunjukkannya di atas padang.

"Saya sentiasa merasa tekanan sepanjang masa kerana saya mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan, untuk setiap sokongan yang saya terima di sini dan untuk peminat. 

"Hari ini adalah kekecewaan terbesar kerana kami mencuba segalanya untuk berada di final.

"Saya rasa tugas semua orang lain juga sedang diperhatikan."

Arteta jelas begitu kecewa selepas ditunjukkan jalan keluar dari saingan Europa, juga sambil meratapi jumlah pemain dalam pasukannya yang tidak 100 peratus cergas, tetapi tidak sabar untuk terlibat dalam perlawanan kedua.

Dia menambah: "Kami hancur, tetapi kami harus mengucapkan tahniah kepada Villarreal, mereka berada di final. 

"Kami mencuba segalanya hingga saat-saat terakhir, saya memikirkan dua perlawanan dan apa yang berlaku hari ini, pada babak kedua, saya rasa kami layak memenangi perlawanan.

"Tetapi secara terperinci, keputusan seri dicatatkan dan kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. 

"Percubaan kami terkena tiang dua kali, kami mempunyai tiga peluang besar, mereka tidak memiliki apa-apa, tetapi mereka berjaya [mara].

"[Pada babak pertama] Kami sangat tidak tepat dengan bola. Proses di bahagian belakang, ia tidak lancar dan kemudian semuanya lebih sukar. 

"Kami mungkin juga agak tegang dan ketika kami mengubah beberapa perkara, kami menjadi lebih baik.

"Pada babak kedua, kami jauh lebih dominan dan mencipta peluang, lebih banyak daripada mereka dalam dua perlawanan tetapi tidak cukup untuk memenanginya.

"Kami sangat kecewa kerana kami ingin menyampaikan sesuatu yang istimewa kepada mereka [para peminat] setelah musim sukar yang kami lalui.

"Tetapi ketika anda bermain permainan kalah mati ini, anda memerlukan pemain terbaik anda untuk membuat sesuatu berlaku dan kami tidak mempunyai pemain yang berada dalam keadaan terbaik.

"Bagi saya, sangat penting bahawa pada saat-saat yang genting, anda mempunyai semua orang yang tersedia, yang terbaik dan banyak perkara berlaku kepada kami dan begitu ramai pemain hanya berusaha untuk dapat bersaing, tetapi tidak pada tahap terbaik dan itu adalah kerugian besar .

"Kami sangat bersemangat dan berhasrat untuk berada di final. 

"Kami tahu betapa berertinya bagi kelab dan peminat kami, untuk diri kami berada di final itu, memenangi gelaran dan berada di Liga Juara-Juara musim depan. 

"Ini sangat mengecewakan. "


Kini Arsenal meneruskan saki baki perjuangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk mencuba merapatkan jurang (walaupun sukar) untuk berada dikelompok enam teratas.

Lawan seterusnya The Gunners adalah West Brom, yang berada ditangga kedua tercorot liga.


Post a Comment

Previous Post Next Post