Berita yang cukup mengejutkan bagi pelabur dan peminat Bitcoin.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dalam tweetnya semalam mengatakan bahawa syarikat itu tidak lagi menerima Bitcoin sebagai pembayaran untuk urusan pembelian keretanya.
Keputusan itu dibuat kerana timbul kebimbangan mengenai perbelanjaan tenaga yang diperlukan untuk perlombongan Bitcoin.
Musk membuat ciapan dengan mengatakan, "Kami prihatin dengan peningkatan penggunaan bahan bakar fosil dengan pesat untuk perlombongan dan transaksi Bitcoin, terutamanya arang batu, yang mempunyai kesan terburuk dihasilkan berbanding bahan lain."
Tesla & Bitcoin pic.twitter.com/YSswJmVZhP
— Elon Musk (@elonmusk) May 12, 2021
Tesla mula menerima BTC sebagai pembayaran pada bulan Februari, setelah membeli Bitcoin bernilai $ 1.5 bilion.
Berita pembelian Tesla menggerakkan pasaran dengan menyaksikan nilai Bitcoin naik mendadak dari $39,000 menjadi $53,000 - hanya seminggu selepas saat pengumuman dibuat pada 8 Februari.
Itu juga menyebabkan beberapa reaksi daripada pengguna yang menyedari perubahan eko sistem, yang mendapati percubaan Tesla ke Bitcoin bertentangan dengan imej pro-persekitarannya.
Beberapa pemegang saham Tesla juga tidak menyukai langkah itu, memandangkan ia sebagai gangguan yang tidak ada kaitan dengan teras perniagaan syarikat.Pada akhir bulan Februari, penganalisis seperti Dan Ives dari Wedbush mengatakan stok Tesla telah 'sangat terikat' dengan harga Bitcoin.
Bitcoin menggunakan sesuatu yang disebut bukti kerja (PoW) untuk menyelaraskan consensus dari semua komputer yang menjalankan perisian blockchain Bitcoin.
Untuk menjamin keselamatan rangkaian, komputer khusus berlumba untuk menyelesaikan teka-teki kriptografi yang kompleks.
Yang pertama menyelesaikannya memenangi sejumlah kecil Bitcoin yang dicetak sebagai ganjaran.
Oleh kerana kepantasan adalah penting, "pelombong" dengan kekuatan pengkomputeran paling 'power; sering kali menjadi pemenang, dan kuasa itu memerlukan ataupun menggunakan banyak elektrik.
Satu kajian baru-baru ini dari University Cambridge menganggarkan penggunaan kuasa tahunan untuk aktiviti pelombongan Bitcoin lebih tinggi daripada penggunaan tengan eletrik di Argentina.
Bagi pihak yang menyokong Bitcoin, mereka berpendapat bahawa sebahagian besar rangkaian adalah menggunakan sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui, termasuk tenaga hidro.
Laporan bulan September 2020, juga dari Cambridge, menganggarkan bahawa 39% kuasa rangkaian berasal dari tenaga yang boleh diperbaharui dengan pengurusan aset Crypto CoinShares mencatatkan angka setinggi 77%.
Tetapi Elon Musk sudah cukup melihat kesan penggunaan bahan ataupun tenaga dalam melombong Bitcoin, sekurang-kurangnya buat masa ini.
"Tesla tidak akan menjual Bitcoin dan kami berhasrat menggunakannya untuk urus niaga sebaik sahaja perlombongan beralih ke tenaga yang lebih mampan," tulisnya, sebelum menambahkan bahawa syarikat itu "melihat" cryptocurrency dengan kesan karbon yang lebih kecil.