The Star dahulunya dikenali dengan nama Star Inn, merupakan salah satu bangunan ataupun tempat yang mempunyai kaitan sejarah dengan Arsenal.
Rupa terkini The Star yang diwarnakan dengan warna ungu. |
Pasti anda tertanya-tanya apa kaitan Star ini dengan Arsenal? Bagi mereka (peminat Arsenal) di London, tempat ini tidaklah begitu asing kepada mereka, memandangkan sejarah unik yang dimiliki bangunan ini.
Ini kerana, The Star dahulunya merupakan bilik persalinan pasukan Dial Square yang kini dikenali dengan nama Arsenal.
Pada akhir tahun 1886, sekumpulan pekerja dari Woolwich Arsenal Armament Factory memutuskan untuk membentuk sebuah pasukan bolasepak.
Mereka menggelar diri mereka Dial Square sebagai rujukan jam matahari di atas pintu masuk ke kilang.
Dial Square (jam matahari) yang terletak dipintu masuk kilang senjata. |
Pada 11 Disember 1886, Dial Square memperolehi kemenangan 6-0 ke atas Eastern Wanderers, yang mana ia merupakan perlawanan pertama selepas pembentukan mereka.
Tidak lama kemudian, nama 'Royal Arsenal' digunakan ataupun diperkenalkan.
Namun, apa yang menarik untuk cerita kali ini adalah mengenai The Star, yang pernah menjadi bilik persalinan pemain Arsenal, yang pertama sejak penubuhannya.
Star Inn ataupun The Star ini menjadi bilik persalinan bagi skuad Arsenal (Dial Square) ketika itu memandangkan kedudukannya yang dekat dengan padang latihan dan perlawanan.
Pun begitu, hanya ruang diatas The Star sahaja yang digunakan untuk menjadi bilik persalinan.
The Star sebelum mengalami proses penambahbaikan dan masih mengekalkan nama Star Inn. |
Terletak di Jalan Plumstead Common di Jalan Jago, bangunan ini telah mengalami proses pengubahsuaian sejak tahun 1887 pada bahagian luaran, namun masih mengekalkan ciri-ciri asal dan berada (mengekalkan) di lokasi yang sama.
Tidak jauh dari situ, terletaknya padang Plumstead Common Football dimana ia merupakan padang pertama kali Royal Arsenal bermain (Januari 1887).
Padang Plumstead Common Football |
Kini, bangunan ini menjadi sebuah pub dan tersenarai dalam salah satu pub bersejarah "Greater London South East - Plumstead" dengan memiliki bahagian dalaman bersejarah, yang penting.
Antara gambar The Star sebelum mengalami pengubahsuaian. |
Logo - Pub The Star |
The Star tahun 2015, Kredit Foto: The Arsenal History |