“Saya agak terkejut” – Pemain gembira dengan kajian terperinci dalam urusan perpindahan yang dilakukan Arsenal dan Edu.
Pemain baharu Arsenal yang dibawa masuk pada musim panas, Albert Sambi Lokonga mengakui bahawa dia sedikit terkejut dengan tahap perincian yang telah dilakukan oleh kelab dalam menelitinya sebelum berpindah ke sana.
Lokonga menyertai Arsenal dalam perjanjian £15.75 juta daripada Anderlecht pada musim panas ketika The Gunners berusaha untuk membentuk semula skuad mereka dengan sejumlah pemain baharu yang lebih muda dan berkualiti.
Kariernya bermula setelah berjaya mengharungi beberapa peringkat dalam skuad remaja Anderlecht sebelum masuk ke dalam pasukan utama mereka pada 2018 dan boleh dikatakan aksinya sebelum itu sedikit terhad.
Bagaimanapun semenjak mewakili skuad utama, dia berjaya menjadi pemain tetap untuk mereka dan mempamerkan beberapa siri persembahan yang mengagumkan sehingga menyaksikan dia menyerlah di Belgium, yang seterusnya mendapat perhatian daripada Arsenal.
Memandangkan dia baru berusia 22 tahun dan telah menghabiskan sepanjang kariernya di Belgium sebelum berpindah ke Arsenal pada musim panas, adalah adil untuk mengatakan bahawa tidak ramai yang mengetahui tentang Lokonga sebelum ketibaannya di London.
Itu wajar memandangkan usianya dan hakikat dia adalah seorang pemain muda yang menghabiskan kariernya sebelum itu bukan di salah satu liga yang glamor di Eropah.
Bagaimanapun, seseorang telah membuat kerja mereka dengan terperinci dan itu adalah duo Arsenal Mikel Arteta dan Edu, yang mengejutkan pemain muda itu dengan perincian tahap 'gila' yang mereka ada pada pemain tengah itu.
"Perbincangan ini memudahkan saya dan meyakinkan saya," katanya kepada Sud Info.
“Saya hampir terkejut sedikit kerana mereka mengenali saya dengan baik, walaupun sekarang, dengan data, semua kelab mempunyai banyak maklumat mengenai setiap pemain.
“Semasa perbincangan ini, jurulatih menjelaskan bahawa dia mengharapkan saya.
“Dia memberitahu saya bahawa saya akan mendapat masa bermain, yang penting bagi saya, dan terpulang kepada saya untuk beraksi di atas padang untuk mendapatkan sebanyak mungkin.”
Setakat ini Lokonga telah membuat sebelas penampilan untuk The Gunners, dimana sembilan kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua kali dalam saingan Piala Carabao.
Bagi saingan EPL, dia telah beraksi sebanyak empat perlawanan dengan penampilan penuh (90 minit) dan aksi terakhirnya ketika menentang Leicester menerima pujian serta menjadi bualan para peminat The Gunners.