Arsenal mempunyai ramai bakat besar dalam pasukan.

Sejak Mikel Arteta mengambil alih tugas pengurus, ramai pemain muda telah diketengahkan beliau.

Baik dari pembelian baharu mahupun dari pemain sedia ada The Gunners, semuanya diberi peluang untuk membuktikan diri masing-masing oleh Arteta.

Arsenal mencatatkan sepuluh perlawanan tanpa kalah dengan kemenangan 1-0 keatas Watford malam tadi dan pengurus pasukan, Mikel Arteta pantas memuji impak Ainsley Maitland-Niles selepas perlawanan itu.

Maitland-Niles diberi peluang beraksi setelah ketidaksediaan Thomas Partey yang mengalami kecederaan. 

Pemain tengah England itu bagaimanapun tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tampil cemerlang sehinggakan dinobat selaku pemain terbaik perlawanan.

Selepas hampir meninggalkan Emirates pada musim panas, Arteta pastinya gembira melihat perkembangan Maitland-Niles menyumbang kepada perjuangan Arsenal. 

Dan selepas perlawanan malam tadi,  beliau telah memberitahu kepada sidang media selepas perlawanan bahawa dia kagum dengan pemain tengahnya itu.

“Pertama sekali, saya melihat pemain berbeza dari segi kesegeraan, komitmen, kejelasan permainan dan matlamat. 

"Sejak kami membuat keputusan, jelas apa yang saya lihat bahawa saya mahu dia kekal, kerana dia sangat berguna,” kata Arteta.

“Dia mempunyai bakat besar kerana dia memiliki segalanya, serba boleh untuk menyesuaikan diri dengan hampir mana-mana posisi di atas padang. 

"Hari ini kami menggunakan dia untuk melakukan apa yang dia perlu lakukan dalam perlawanan yang sangat penting."

Maitland-Niles terkenal dengan kebolehannya untuk bermain di posisi berbeza sejak sekian lama. 

Dia bermain dengan baik bersama West Brom secara pinjaman di bahagian tengah, tetapi Arsenal tahu dia boleh bermain dimana-mana sahaja diatas padang.

Meneruskan pujiannya, Arteta berkata bahawa kecerdasan Maitland-Niles membantunya melakukan dengan baik.

"Apabila saya melihat dia dalam sesi latihan, apabila saya melihat bagaimana dia membuat persediaan, apabila saya melihat soalan yang dia tanya, tahap pemerhatiannya. Semua yang anda bincangkan, responsnya adalah cepat.

"Dia seorang budak yang sangat pandai, sangat pintar, sangat bijak. Saya fikir dia perlu menterjemahkan itu, dan betapa dia mengambil berat, dengan bahasa badan dan keazamannya. 

"Dia berusaha untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi," tambah pengendali Sepanyol itu.

Maitland-Niles telah membuktikan kepada kita bahawa dirinya masih berguna dan mampu membantu dan menyumbang saat diperlukan.

Ia adalah persembahan yang menarik daripada pemain England itu dan ia juga memberi petunjuk yang baik tentang apa yang dia boleh berikan kepada pasukan.

Arteta jelas gembira dan memang betul bukan sahaja sumbangan dari Maitland-Niles, malah pemain-pemain muda lain seperti seperti Lokonga, Saka, Smith Rowe dan Ramsdale serta yang lain pastinya akan memberi pengurus itu sebuah pasukan yang mantap dalam beberapa musim lagi.

Akhir kata, selamat menyambut hari invincible Gooners!

Jangan lupa baca: Purata umur pemain Arsenal pada tahun 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post