Arsenal Women 4-0 West Ham Women

Skuad bimbingan Jonas Eidevall mudah mengatasai Wanita West Ham untuk mencatatkan kemenangan besar, 4-0 di Meadow Park.

Arsenal terus memenangi perlawanan bagi kempen WSL untuk mendahului tiga mata di puncak liga.

Skuad Wanita Arsenal mudah mengatasi West Ham dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi apabila Kim Little menjaringkan dua gol awal untuk Beth Mead menambah satu lagi gol, sebelum jaringan sendiri Grace Fisk melengkapkan kemenangan bergaya The Gunners.

The Gunners menguasai separuh masa pertama, tetapi mereka mengambil masa sehingga minit ke-39 untuk memecahkan kebuntuan menerusi Kim Little.

Keadaan menjadi lebih mudah buat The Gunners pada separuh masa kedua apabila Little menambah gol kedua yang merupakan gol peribadi ke-50 dalam saingan WSL pada minit ke-51.

Skuad Wanita Arsenal terus mengganas apabila Beth Mead menjaringkan gol ketiga perlawanan hanya sepuluh minit kemudian sebelum jaringan sendiri Grace Fisk melengkapkan kemenangan besar Arsenal.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Jonas Eidevall, yang kini mempunyai enam kemenangan daripada enam perlawanan pembukaan WSL, melonjak tiga mata di hadapan Chelsea untuk terus gayat - tangga teratas liga.

Sementara itu, West Ham, yang hanya mengalami kekalahan kedua musim ini, kekal di tangga keenam liga.


Sorotan Wanita Arsenal menentang Wanita West Ham

Post a Comment

Previous Post Next Post