Kontroversi dalam pembentukan gol kemenangan Smith Rowe menentang Watford.

Jaringan tunggal perlawanan dari Emile Smith Rowe membantu Arsenal mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan liga malam tadi.

Walaupun mencatatkan kemenangan tipis 1-0, namun gol yang dijaringkan pemain muda The Gunners telah mencetuskan kontroversi terutamanya kepada pengurus pasukan pelawat, Claudio Ranieri yang merungut mengenai perkara itu.

Kontroversi tersebut timbul dan berpunca dari cara pembentukan gol kemenangan Emile Smith Rowe.

Pengurus The Hornets nyata berang dan tidak berpuas hati dengan cara bagaimana Arsenal bermain setelah pasukannya mengeluarkan bola dari permainan kerana terdapat pemain mereka yang cedera.

Danny Rose telah menendang bola keluar dari permainan bagi membolehkan rakan sepasukan, Ozan Tufan menerima rawatan selepas pertembungan dengan Albert Sambi Lokonga.

Namun, Arsenal bertindak dengan cara yang dikatakan tidak 'sporting' apabila tidak mengembalikan bola kepada mereka, sebaliknya The Gunners terus melancarkan serangan.

Emile Smith Rowe akhirnya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut, selepas beberapa hantaran dilakukan selepas itu.

"Hanya ada satu perkara yang saya ingin tahu.

"Apabila ada seorang pemain berada [terbaring] di atas padang, semua orang menjangkakan bola akan dikembalikan dan ia tidak akan diteruskan.

"Terdapat rasa hormat dalam situasi itu. 

"Kemudian kami mendapatkan bola dengan Sarr dan melakukan serangan balas dan ia kesalahan besar. 

"Ia sukar dipercayai.

"Kami mengeluarkan bola dan semua orang menjangkakan pemain Arsenal akan memberikannya semula. (Moussa) Sissoko dan (Danny) Rose berkata 'beri bola kepada kami, kami keluarkannya kerana ada pemain cedera'.

"Kemudian mereka menjaringkan gol. Ia memang pelik, sangat pelik," kata Ranieri yang pernah membimbing Leicester dan Chelsea.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Arteta mempertahankan pemain-pemainnya dengan berkata mereka tidak berniat untuk mengabaikan fair play.

"Jika dia terasa begitu, saya minta maaf. Tetapi sudah pasti tidak ada niat untuk mengambil kesempatan," kata Arteta.

Adakah kita patut bersimpati dengan rungutan Claudio Ranieri dan mengakui bahawa Arsenal tidak sporting?

Ini kerana, jika pemain Watford benar-benar mengalami kecederaan dan bukannya terbaring di atas padang untuk cuba mendapatkan perhatian pengadil bagi membunuh momentum pemainan kita, maka ianya mungkin.

Namun begitu, saat ketika Danny Rose mengeluarkan bola, Ozan Tufan sudah pun berdiri dan kelihatan baik-baik saja.

Sporting atau tidak?

Yang pasti ini kemenangan yang penting kepada kita.

#COYG!

Post a Comment

Previous Post Next Post