Mikel Arteta mengakui Bernd Leno kecewa dengan fakta bahawa dia bukan lagi penjaga gol pilihan utama The Gunners.
Pemain Jerman itu kerap menjadi pemain nombor satu sebelum ini dan perkara itu tidak dapat dipertikaikan lagi sejak dia menyertai Arsenal.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa Leno seorang penjaga gol yang hebat, tetapi selepas melepaskan sembilan gol dalam tiga perlawanan, Arteta merasakan bahawa perubahan segera diperlukan.
Pemain yang ditandatangani musim panas, Aaron Ramsdale telah dibawa masuk menggantikan Leno dan, dia nyata tidak mengecewakan setelah mempamerkan beberapa siri persembahan yang cukup cemerlang.
Penjaga gol Inggeris itu telah membantu mengubah nasib Arsenal musim ini dan dia kini menjadi pemain nombor satu The Gunners.
Leno, seperti pemain lain yang digugurkan, inginkan tempatnya kembali, tetapi itu tidak mungkin akan berlaku selepas prestasi cemerlang yang dipamerkan Ramsdale.
Arteta ditanya mengenai perkara tersebut dan bos Arsenal itu mengakui bahawa pemain Jerman itu kecewa kehilangan tempatnya.
Pengendali Sepanyol itu berkata, sebagaimana dipetik Arseblog: “Apa yang kami alami dengan Bernd sejak tiga tahun lalu, pertama sebagai manusia biasa, saya tidak mempunyai sebarang keraguan [tentang sikapnya].
“Jelas sekali, dia kecewa dan dia sepatutnya kecewa kerana dia mahu bermain dan dia sudah biasa bermain.
"Pada masa yang sama, apa yang dia perlu lakukan ialah meningkatkan tahapnya dan dia akan meningkatkan tahap Aaron juga [dalam melakukan itu].
“Jika Aaron beraksi dengan sangat baik, sebahagian besar daripada itu adalah kerana Bernd berada di sebelahnya, cuba membantunya dan menyokongnya dalam latihan serta menjadikannya penjaga gol yang hebat, inilah yang kami mahukan.”
Leno sudah berusia 29 tahun dan dia berada di peringkat karier yang mana dia perlu bermain setiap minggu.
Dilabel sebagai 'hebat' oleh Arteta, pemain Jerman itu akan memasuki 18 bulan terakhir kontraknya, dan dia mempunyai keputusan untuk dibuat.
Ramsdale sedang bermain mengatasinya pada masa ini dan dia tidak akan diturunkan dalam masa terdekat.
Fakta bahawa Ramsdale baru berusia 23 tahun, bermakna dia akan berada di sana untuk satu jangka masa yang panjang, yang akan merumitkan lagi keadaan untuk Leno.
Ia benar-benar kelihatan seperti karier pemain Jerman itu bersama Arsenal akan berakhir dan jendela perpindahan Januari mungkin membuka pintu untuknya berpindah ke tempat lain.
Dan itu juga akan memberi masalah kepada Arteta kerana dia perlu terjun ke pasaran perpindahan sekali lagi untuk mencari penjaga gol baharu, yang mampu memberi tekanan kepada Ramsdale.