Martin Odegaard akui kekecewaan besar Norway.

Pemain tengah Arsenal, Martin Odegaard mengakui terdapat banyak kekecewaan selepas Norway seri 0-0 dengan Latvia.

Norway kini mempunyai tugas berat apabila bertandang ke Belanda dimana mereka perlu mencatatkan kemenangan untuk memastikan layak ke Piala Dunia 2022 Qatar.

"Ia sangat berat sekarang," kata kapten Norway Odegaard.

"Kami sangat berterima kasih dengan sokongan yang kami terima, malangnya kami tidak dapat memberikan lebih banyak untuk mereka, menceriakan mereka [penyokong].

"Kami telah meletakkan diri kami dalam situasi yang lebih sukar, kami perlu berterus terang mengenainya. 

"Tetapi segala-galanya masih mungkin.

“Saya rasa kami semua sangat kecewa hari ini. 

"Kami dibenarkan [untuk merasa kesedihan itu], jadi kami perlu menyesuaikan diri mulai esok, pergi ke Belanda dan mengambil tiga mata."

Norway kini berada kedudukan sukar apabila berada ditangga ketiga peringkat kumpulan (Kumpulan G) dan perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang Belanda untuk layak ke kejohanan paling berprestij itu.

Kedudukan tersebut disaingi Turki yang turut berpeluang, namun lawan yang akan ditentang anak buah Stefan Kuntz bukanlah mudah kerana mereka juga akan bermain ditempat lawan menentang Montenegro pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

# Team M. W D L goals Dif. Pt. Remarks
1 Netherlands, Netherlands Belanda 9 6 2 1 31:8 23 20 Qualification
2 Turkey, Turkey Turki 9 5 3 1 25:15 10 18 Playoffs
3 Norway, Norway Norway 9 5 3 1 15:6 9 18
4 Montenegro, Montenegro Montenegro 9 3 3 3 13:13 0 12
5 Latvia, Latvia Latvia 9 1 3 5 8:13 -5 6
6 Gibraltar, Gibraltar Gibraltar 9 0 0 9 3:40 -37 0

Jadual perlawanan terakhir Kumpulan G - Kelayakan Piala Dunia 2022.

17 November 2021
3.45am Gibraltar vs Latvia
3.45am Montenegro vs Turkey
3.45am Netherlands vs Norway

Post a Comment

Previous Post Next Post