Pemain sasaran Arsenal, Daniel Bachmann mahu keluar dari Watford Januari ini.
Penjaga gol Watford, Daniel Bachmann sedang mempertimbangkan pilihannya menjelang jendela perpindahan musim sejuk.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Watford Observer, mereka berkata pemain Austria itu tidak memahami mengapa dia digugurkan daripada pasukan selepas kekalahan kepada Wolverhampton Wanderers, terutamanya selepas dia memilih untuk kekal di Vicarage Road pada musim panas walaupun terdapat minat daripada Arsenal dan Ajax.
Sejak itu, dia gagal mendapatkan kembali tempatnya walaupun selepas pertukaran ketua jurulatih dan sentiasa memanaskan bangku simpanan.
Setakat ini, Watford masih gagal mencatatkan perlawanan dengan rekod bersih (clean sheets) dan merekodkan jumlah bolos sebanyak 19 kali dalam sebelas perlawanan liga.
Dalam perkembangan terbaru, Dachmann telah bercakap dengan majalah bolasepak Jerman, Kicker dan menjelaskan bahawa kegagalan dia beraksi sekarang bukan hanya atas sebab sukan, malah disebabkan beberapa perkara yang tidak dijelaskan.
Malah dia turut bercakap mengenai penyelesaian semasa jendela perpindahan Januari akan datang demi mencari peluang bermain secara kerap dan mahu mendapatkan tempat untuk Kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar.
"Keadaan saya adalah sementara; ia tidak ada kaitan dengan sukan.
"Ia satu keadaan yang mengecewakan," dia dilaporkan berkata.
“Sebagai pemain, ia sentiasa sukar apabila anda tidak bermain.
"Jika ia atas sebab bukan sukan, ia lagi menyukarkan.
"Ia dua kali lebih mengecewakan.
"Jendela perpindahan akan dibuka semula pada Januari.
"Kemudian, jika tiada penyelesaian ditemui pada masa itu, anda perlu melihat bahawa saya boleh kembali bekerja.
"Anda akan melihatnya dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang.
"Saya berlatih untuk diri saya sendiri supaya prestasi saya kekal tinggi, berada di tahap terbaik.
"Saya tidak boleh melakukan lebih dari itu buat masa ini."
Maduka Emilio Okoye akan Watford pada 1 January 2022. |
Situasi penjaga gol Watford menjadi lebih rumit dengan kelab itu mengumumkan pembelian Maduka Okoye, manakala Pontus Dahlberg dan Rob Elliot masih kekal dalam senarai penjaga gol The Hornets.
Penjaga gol utama mereka ketika ini, Ben Foster akan menamatkan kontrak pada penghujung musim ini dan dilaporkan kemungkinan akan meninggalkan mereka, walaupun belum ada yang pasti mengenai masa depan pemain itu.
Maduka Okoye pula akan menyertai Watford pada 1 Januari 2022 dan kembali ke Sparta Rotterdam secara pinjaman sehingga akhir kempen 2021/22.
Arsenal sebelum ini laporkan berminat untuk menandatangani penjaga gol Watford itu pada jendela musim panas, namun bertindak membawa masuk Aaron Ramsdale selepas The Hornets enggan melepaskan pemain itu walaupun dikatakan The Gunners sanggup membayar £15 juta.
Peluang ini mungkin membuatkan Arsenal kembali berusaha menandatangani penjaga gol itu selepas Bernd Leno difahamkan mahu meninggalkan Emirates selepas kehilangan tempat kepada Ramsdale.