Pengurus manakah yang telah dipecat musim ini?

Kita hanya berada lebih kurang dua bulan sahaja lagi dari jendela perpindahan Januari untuk dibuka, tetapi beberapa kelab ternama Eropah sudah mula melakukan perubahan drastik pada struktur asas mereka.

Sebelum kelab boleh mengendalikan dan melakukan urusan jual beli pemain, mereka terlebih dahulu beralih kepada jurulatih baharu dalam usaha mereka untuk mengubah keadaan semasa.

Barcelona mungkin kelab paling berprofil tinggi untuk menarik perhatian mengenai jawatan pengurus baharu musim ini, tetapi sudah tentu mereka bukan satu-satunya kelab yang mencari pengganti.

Di bawah, kita akan melihat semua pengurus dalam lima liga teratas Eropah yang telah meninggalkan kelab dan jawatan mereka lebih awal pada kempen kali ini.

Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021-22

  • Xisco Munoz (Watford) – 3 Oktober 2021
  • Steve Bruce (Newcastle) – 20 Oktober 2021
  • Nuno Espirito Santo (Tottenham) – 1 November 2021

Pengurus pertama Liga Perdana Inggeris musim 2021-22 yang dipecat ialah bos Watford, Xisco Munoz, yang mana dia telah membawa kelab itu naik (promoted) daripada Kejuaraan pada 2020-21.

Xisco dilantik sebagai pengurus pasukan kelab Sepanyol Huesca pada 27 Oktober 2021 selepas dipecat Waatford.

Dia diketepikan hanya selepas tujuh perlawanan dalam kempen baharu dengan kelab itu berada di tempat ke-15 liga. 

Xisco digantikan oleh jurulatih veteran Itali, Claudio Ranieri, yang terkenal membawa Leicester menjulang kejuaraan Liga Perdana pada 2015-16.

Pengurus kedua yang dipecat dalam Liga Perdana tidak mengejutkan sesiapa pun. Steve Bruce dipecat oleh Newcastle berikutan pengambilalihan kelab oleh konsortium Arab Saudi pada 20 Oktober.

Bruce menghabiskan dua tahun sebagai bos Newcastle tetapi pemilik baharu, yang paling kaya dalam dunia bolasepak, secara jelasnya mahu mencari pengurus lebih berprofil tinggi bagi membimbing kelab tersebut untuk menjadi sebuah pasukan yang digeruni.

Nuno Espirito Santo menjadi pengurus ketiga yang dipecat, hanya bertahan 10 perlawanan sebagai bos Tottenham sebelum ditunjukkan pintu keluar pada 1 November.

Pengendali kelahiran Portugal itu dilepaskan Wolves atas persetujuan bersama pada penghujung musim lalu sebelum menyertai Spurs.

Pun begitu, nasibnya tidak begitu baik kerana gagal memikat pengurusan tertinggi Spurs dan berada dikedudukan ke-9 liga menjadi punca mengapa dirinya disingkirkan.

Liga Sepanyol (La Liga) 2021-22

  • Paco Lopez (Levante) – 3 Oktober 2021
  • Michel (Getafe) – 4 Oktober 2021
  • Ronald Koeman (Barcelona) – 27 Oktober 2021

Pengurus pertama Liga Sepanyol musim 2021-22 yang dipecat ialah jurulatih Levante, Paco Lopez.

Paco dipecat selepas tiga setengah tahun di kelab itu dengan kelab tersebut berada dalam zon penyingkiran tanpa sebarang kemenangan daripada lapan perlawanan pertama mereka musim ini.

Sehari kemudian, jurulatih Getafe, Michel turut menerima nasib sama. Bekas pemain tengah legenda Real Madrid dan Sepanyol itu berada dalam tempoh kedua di kelab tersebut sebagai bos tetapi hanya bertahan lapan perlawanan dengan Getafe tercorot dalam liga.

Menjelang penghujung Oktober, salah satu nama terbesar dalam bolasepak Eropah kehilangan pekerjaannya, apabila Ronald Koeman dipecat oleh Barcelona selepas hanya meraih empat kemenangan daripada 10 perlawanan liga pertamanya musim ini.

Liga Itali (Serie A) 2021-22

  • Eusebio Di Francesco (Verona) – 14 September 2021
  • Leonardo Semplici (Cagliari) – 14 September 2021
  • Fabrizio Castori (Salernitana) – 17 Oktober 2021

Pengurus pertama Serie A musim 2021-22 yang dipecat ialah Eusebio Di Francesco. Bekas bos Roma itu hanya dilantik pada musim panas tetapi dipecat selepas tewas tiga perlawanan pertama musim ini. 

Di Francesco kemudiannya digantikan oleh Igor Tudor.

Pada hari yang sama, jurulatih Cagliari, Leonardo Semplici turut dipecat selepas hanya meraih satu mata daripada tiga perlawanan pertamanya. 

Dia bertahan kurang daripada tujuh bulan dalam memegang jawatan itu dan digantikan oleh Walter Mazzarri.

Pengurus ketiga musim ini yang dipecat dalam Serie A ialah Fabrizio Castori, yang diberi arahan meninggalkan kelab selepas perlawanan kelapan liga setelah Salernitana berada di kedudukan tercorot liga dengan hanya mengumpul empat mata. 

Dia digantikan oleh Stefano Colantuono.

Fabrizio Castori

Liga Jerman (Bundesliga) 2021-22

  • Mark Van Bommel (Wolfsburg) - 24 Oktober 2021

Dibawa masuk sebagai sesuatu yang berisiko selepas tugasnya sebagai pengurus PSV dilihat gagal, Mark Van Bommel bermula dengan baik apabila mencatatkan empat kemenangan daripada empat perlawanan Bundesliga pertamanya.

Walau bagaimanapun, Wolfsburg kecundang ketika menentang lawan yang berada pertengahan liga dan tempoh lapan perlawanan tanpa kemenangan menyebabkan Volkswagen bertindak menyingkirkan pengurus itu sebelum terlambat.

Pada 24 Oktober, Van Bommel disingkirkan dengan hanya sempat mengendalikan 13 perlawanan sepanjang tempohnya di Wolfsburg. 

Dia digantikan oleh Florian Kohfeldt.

Mark Van Bommel

Liga Perancis (Ligue 1) 2021-22

Belum ada pengurus yang dipecat dalam Ligue 1 musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post