Benarkah tiada komunikasi antara Saliba dan Arteta?

'Komunikasi hampir tiada' - laporan media Perancis dedahkan hubungannya bersama Arteta di Arsenal.

Arsenal menandatangani William Saliba dari Saint-Etienne pada 2019 ketika Unai Emery masih berkuasa dan segera meminjamkannya kembali ke kelab Perancis itu.

Bagaimanapun perkembangan pemain pertahanan itu pada musim terakhirnya di Saint-Etienne terbantut akibat kecederaan, sebab peribadi dan wabak coronavirus.

Sekembalinya ke Utara London, Mikel Arteta bertanggungjawab di Emirates setelah Emery disingkirkan dan pemain berusia 20 tahun itu mendapati dirinya sukar untuk membuat penampilan untuk The Gunners di bawah kendalian pengendali Sepanyol itu.

Selepas menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman di OGC Nice, bek tengah itu menyertai Marseille dengan perjanjian sementara pada musim panas.

Dia menikmati lebih banyak masa permainan dan cemerlang di bawah arahan Jorge Sampaoli.

L'Equipe melihat apa yang tidak kena dengan pemain tersebut di London dan Arteta sebelum ini menegaskan bahawa dia merasakan pemain itu masih belum bersedia untuk Arsenal musim lalu.

Dan disebabkan itulah dia meninggalkan Saliba daripada skuad Liga Europa (tidak menyenaraikan).

Malah dikatakan bahawa dengan Arteta, 'komunikasi (adalah) hampir tiada'. 

Selama berbulan-bulan, Saliba pernah berlatih dan pulang ke rumah, dan tidak diberi sebarang penjelasan mengenai keadaannya.

Walaupun 'permulaan rumit' dengan The Gunners, akhbar itu menegaskan 'tiada apa yang rosak (hubungan) dengan Arsenal'.

The Gunner juga dilaporkan memerhati dengan teliti perkembangan Saliba di Ligue 1 dengan Edu Gaspar ‘mengawal masa depan pemain itu’, dan ini dibuktikan dengan kehadirannya di stadium untuk menyaksikan pemain itu beraksi menentang Paris Saint-Germain bulan lepas.

Mikel Arteta on if he watched Saliba vs. PSG: “Yes, I did. As a club we’re always in touch. Edu & Ben [Knapper] were there to watch him & to keep a close eye on him & the progress that he’s making. Obviously, he’s our player. We do that with all the loan players that we have.” - Sumber.

Edu menjadi invididu bertanggungjawab dan 'menjaga' Saliba, kini hanya masa akan menentukan sama ada ia akan membuahkan hasil untuk Arsenal atau tidak (bagi pembelian yang dilakukakannya itu).

Post a Comment

Previous Post Next Post