Penjelasan mengapa gol Saka dibatalkan.

Pemain sayap Arsenal itu menyangka dia telah menjaringkan gol menentang Watford pada hujung minggu lalu namun kecewa apabila jaringannya dibatalkan.

Walau bagaimanapun, peraturan seperti yang ditetapkan oleh badan induk Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) agak jelas mengenai isu itu.

Berdasarkan Undang-undang 11, ia menyatakan: “Seorang pemain berada dalam kedudukan ofsaid jika mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki berada di bahagian separuh lawan (tidak termasuk garisan tengah) dan mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki lebih dekat ke garisan gol lawan daripada kedua-dua bola dan lawan kedua terakhir.”

Bahagian kedua kenyataan itu amat relevan dengan Saka pada ketika dia menjaringkan gol.

Ini kerana dia berada di hadapan bola ketika Aubameyang melakukan sentuhannya, dan juga lebih dekat ke gawang gol berbanding Ben Foster (penjaga gol dan pemain kedua terakhir), dia sememangnya berada dalam keadaan ofsaid, tanpa mengira kedudukan (keberadaan) Nicolas Nkoulou di garisan gol itu sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post