Arsenal dikhabarkan akan menggunakan minat Borussia Monchengladbach terhadap Eddie Nketiah untuk mendapatkan Denis Zakaria.
Antara persamaan kedua-dua pemain ini adalah mereka akan menamatkan kontrak masing-masing pada penghujung musim ini.
Dan kedua-dua kelab juga mungkin tidak sanggup untuk kehilangan mereka secara percuma pada musim panas akan datang.
The Gunners pada masa ini mempunyai banyak pilihan untuk peranan menyerang dan Eddie telah dihadkan untuk muncul dalam Piala EFL setakat ini, duduk sebagai pemain gantian yang tidak digunakan sekali pun dalam aksi Liga Perdana.
Dengan dia terus memanaskan bangku simpanan, sukar untuk kita menyaksikan dia akan menandatangani perjanjian baharu dan mungkin juga tidak akan diberikan tawaran pembaharuan kontrak.
Sekiranya situasi itu berlaku, satu-satunya perkara yang mungkin jelas buat kita adalah dengan menjana pendapatan daripada pemain itu sendiri dengan menjualnya pada musim sejuk ini (lebih baik daripada kehilangan secara percuma).
Sekurang-kurangnya kita memperolehi manfaat juga (dengan menjualnya), pun begitu, cara lain yang boleh memberi keuntungan kepada kita adalah dengan melakukan pertukaran pemain dengan mana-mana kelab yang berminat untuk menandatangani pemain berusia 22 tahun ini.
Kita juga telah dikaitkan dengan perpindahan untuk Zakaria untuk beberapa kali pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Seorang pemain tengah yang bermain bersama Granit Xhaka di peringkat antarabangsa dan seorang yang telah terbukti menjadi pilihan yang konsisten di bahagian tengah.
Denis Zakaria (2 dari kiri) beraksi bersama Granit Xhaka dalam pasukan kebangsaan Switzerland. |
Situasi kontraknya adalah serupa dengan kontrak Nketiah dan kedua-dua kelab itu dijangka mempertimbangkan perjanjian pertukaran untuk pasangan itu dengan Football.London menghubungkan kedua-dua perjanjian itu.
Dengan Xhaka mengalami kecederaan lutut jangka panjang, ia boleh meninggalkan The Gunners dengan hanya Sambi Lokonga dan Ainsley Maitland-Niles sebagai pilihan senior yang ada untuk mengemudikan bahagian tengah.
Tambahan pula, kita akan kehilangan kedua-dua pemain tengah buat sementara dengan Partey dan Elneny yang akan terlibat dengan AFCON awal tahun depan.
Ini akan menyebabkan kita kekurangan pilihan di bahagian tengah dan menandatangani pemain tengah baharu akan kelihatan masuk akal, tetapi hanya masa yang akan menentukan jika perjanjian sedemikian mampu dijelmakan.
Mengandaikan bahawa perjanjian baharu akan kekal tidak mungkin dan kita juga boleh mencari wang untuk mereka yang ingin mendapatkan tandatangannya, jika keadaan tidak bertambah baik.