Calum Chambers tinggalkan Arsenal untuk Aston Villa.

Aston Villa telah mengumumkan ketibaan pemain pertahanan Calum Chambers dari Arsenal dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Bek tengah serba boleh itu, yang juga boleh bermain sebagai bek sayap di sebelah kanan serta mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan, menandatangani perjanjian tiga tahun setengah bersama The Villan.

Chambers merupakan graduan akademi Southampton sebelum berpindah ke Arsenal dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan namun berpotensi meningkat kepada £16 juta, bayaran tambahan berkaitan prestasi dan penampilan.

Bersama Arsenal, Chambers juga pernah dipinjamkan ke Middlesbrough dan Fulham.

Tidak dapat dipastikan jumlah bayaran perpindahan ini memandangkan kontrak Chambers bersama Arsenal berakhir pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, BBC melaporkan bahawa dia menyertai Aston Villa secara perpindahan percuma. 

Chambers membuat perpindahan selepas lapan tahun bersama Arsenal, memenangi sekali kejuaraan Piala FA dan juga Perisai Komuniti.

Pemain berusia 27 tahun itu juga pernah mewakili skuad kebangsaan England sebanyak tiga kali.

Chambers mengikut jejak langkah Philippe Coutinho, Lucas Digne dan Robin Olsen yang menandatangani kontrak untuk kelab itu bulan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post