Penyudah menakjubkan penyerang Arsenal untuk gol pasukan memberikannya anugerah gol terbaik bulan Disember.
Alexandre Lacazette telah memenangi anugerah Budweiser Goal of the Month untuk bulan Disember 2021 selepas menjaringkan gol cemerlang Arsenal, dalam gerakan keseluruhan yang menakjubkan.
Penyerang itu menerima anugerah tersebut buat kali pertama selepas rembatan padunya ke sudut kanan menerjah gawang ketika menentang Southampton.
“Ia adalah gerakan yang sempurna dari belakang,” Lacazette memberitahu laman web rasmi Arsenal.
“Daripada Aaron [Ramsdale] kemudian kami bergerak di sebelah kanan dengan permainan satu sentuhan [bolasepak] dan kemudian hantaran silang dari Bukayo [Saka] dan saya boleh menjaringkan gol.
"Ia sangat bagus, kerana kami bekerja untuk ini setiap minggu, ini adalah jenis gol yang setiap pasukan inginkan [menjaringkan gol seperti ini].
"Semua orang terlibat dan ia benar-benar menakjubkan.
"Ia akan masuk dalam lima gol terbaik saya [daripada gol kegemaran saya] kerana ia benar-benar gol pasukan dan saya percaya bahawa bolasepak adalah mengenai pasukan, jadi jenis gol ini benar-benar menakjubkan untuk saya."
Presenting your winner of the @PremierLeague Goal of the Month for December... 🥁@Arsenal's @LacazetteAlex! pic.twitter.com/AXMUXbZ7Mb
— Budweiser Football (@budfootball) January 14, 2022
Dalam gerakan hebat, dimulakan oleh penjaga gol - Aaron Ramsdale di bawah tekanan daripada penyerang pelawat, kemudian ke Ben White, Thomas Partey, Martin Odegaard dan Takehiro Tomiyasu semuanya terlibat dalam pertukaran hantaran penuh lancar (one touch footbal) ketika mereka menemui pemain sayap Bukayo Saka.
Saka kemudian memilih Lacazette, yang menamatkan gerakan itu dengan penuh gaya.
"Ooh, ini berat!" Temu bual anugerah Lacazette
Penyerang Perancis itu adalah pemain Arsenal pertama yang menerima anugerah Budweiser sejak Aaron Ramsey melakukannya dengan tumit belakang (backheel) ketika pertemuan menentang Fulham pada Oktober 2018.
Usaha menakjubkan Lacazette itu telah dipilih oleh panel pakar yang digabungkan dengan undian awam, menewaskan tujuh pesaing lain.
Pemenang Gol Terbaik Bulanan Budweiser 2021/22:
- Ogos: Danny Ings (AVL)
- September: Andros Townsend (EVE)
- Oktober: Mohamed Salah (LIV)
- November: Rodri (MCI)
- Disember: Alexandre Lacazette (ARS)
Manakala cubaan Arsenal untuk memenangi anugerah pemain terbaik bulanan dan pengurus terbaik bulanan - bulan Disember 2021 gagal membuahkan hasil.
Gabriel Martinelli dan Martin Odegaard tewas kepada pemain Manchester City, Raheem Sterling yang telah dipilih selaku pemenang, menewaskan pemain lain (selain pemain Arsenal itu) yang dicalonkan seperti Mason Mount, Son Heung-min, Joao Cancelo dan James Maddison.
And your final 2021 @premierleague #POTM goes to... 🥁
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) January 14, 2022
🔷 @sterling7 🔷#FIFA22 #FUT pic.twitter.com/dEvYXlDb8U
Mikel Arteta juga gagal dinobatkan selaku pemenang anugerah pengurus bulanan terbaik apabila gagal menyaingi mentornya, Pep Guardiola.