Arsenal menunjukkan minat paling tinggi untuk menandatangani dengan pemain juga difahamkan berminat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arsenal dalam usaha menandatangani Sergi Roberto dari Barcelona untuk jendela musim panas, menurut laporan dari Sepanyol.
Pemain berusia 30 tahun itu, yang boleh beroperasi sebagai bek kanan atau di bahagian tengah, mempunyai baki kontrak kurang daripada enam bulan untuk ditamatkan bersama gergasi Sepanyol itu.
Laporan ARA menyatakan pasukan La Liga itu tidak mempunyai perjumpaan baharu yang dijadualkan dengan pihak pemain antarabangsa Sepanyol itu dalam membincangkan mengenai pembaharuan kontrak.
Dan itu membuatkan pihak Roberto menganggap bahawa masa depannya di Camp Nou telah berakhir dan dia kini sedang mencari kelab baharu.
Posisi yang mampu dimainkan oleh Roberto. |
Dakwaan yang dibuat oleh ARA itu kemudian disampaikan pula oleh Fichajes, yang mana mereka telah memberikan maklumat mereka sendiri mengenai perkembangan Roberto bersama Barcelona.
Mereka mendakwa pemain utiliti itu mencari kelab baharu dalam Liga Perdana Inggeris kerana England dikatakan menjadi destinasi seterusnya buat pemain tersebut.
The Gunners adalah antara kelab yang dilaporkan berusaha untuk menandatanganinya satu ketika dahulu dan masih menunjukkan minat paling tinggi kepadanya, ketika ini.
Pihak Edu dan Mikel Arteta mempunyai peluang untuk menandatangani Roberto secara percuma dan laporan itu menjelaskan pemain tersebut boleh menjadi peluang terbaik pada jendela musim panas untuk kelab Utara London itu.
Bulan lalu, kami menyampaikan berita dari Sepanyol bahawa Arteta telah meminta Arsenal menandatangani pemain Sepanyol itu.
Fichajes kini telah menyokongnya dengan menyatakan The Gunners telah menunjukkan 'minat paling tinggi' terhadap Roberto.
Tanpa tawaran pembaharuan daripada Barcelona, pemain Sepanyol itu bersedia untuk meninggalkan kelab Catalan itu sebagai ejen percuma pada musim panas.
Walaupun berusia 30 tahun, namun seandainya Arsenal mengambilnya secara percuma, ia dilihat lebih kepada penyelesaian jangka pendek Arteta dalam mengukuhkan skuad The Gunners musim depan.