Anak kepada bekas pemain bolasepak profesional Brazil, Marcos Pereira, Andreas Pereira dilahirkan di Duffel, Belgium, ketika bapanya beraksi di sana.
Andreas Pereira menyertai PSV Eindhoven pada 2005, ketika berusia sembilan tahun dan pada 2011, selepas mempamerkan aksi cemerlang di kejoahanan Piala Perdana Manchester United, dia menjadi sasaran beberapa kelab besar Inggeris, termasuk Arsenal, Chelsea dan Liverpool.
Tetapi kunjungan pengurus Manchester United, Alex Ferguson pada November 2011 meyakinkan Pereira untuk menandatangani kelab Old Trafford itu.
Bermula 2016, Pereira menyaksikan dirinya sering dipinjamkan dengan terakhir dia dipinjamkan kepada kelab Brazil.
Pereira menyertai Flamengo dengan kontrak selama setahun dan kelab Brazil itu bersetuju membayar €1 juta untuk pinjaman tersebut.
Minggu lalu laporan media Brazil mendakwa Manchester United dan Flamengo menemui persefahaman dalam perjanjian untuk perpindahan tetap Andreas Pereira.
Saluran yang boleh dipercayai itu berkata kedua-dua kelab telah bertukar dokumen untuk pihak Rio de Janeiro membeli pemain tengah itu pada harga €10.5 juta dan hanya menunggu masa untuk pengumuman dibuat.
Ternyata terdapat perubahan lengkap tentang keadaan dalam beberapa hari yang lalu dan ESPN Brazil kini memaparkan cerita yang menjelaskan mengapa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum Flamengo mengumumkannya secara rasmi.
Sebaik sahaja pasukan Brazil itu membeli Pereira dan bersetuju dengan kontrak baharu dengannya, ia akan mengambil masa kira-kira lima hari untuk didaftarkan kepada Persekutuan Bolasepak Brazil, selaku pengelola liga.
Flamengo akan bermain menentang Atletico-MG dalam Piala Super pada hujung minggu (Isnin, jam 3 pagi waktu Malaysia).
Itulah perlawanan besar pertama mereka tahun ini dan mereka jelas tidak mahu mengambil risiko kehilangan Pereira.
Jadi kelab Brazil itu akan menunggu sehingga minggu depan untuk mereka menyelesaikan proses tersebut.
Ia sekali lagi mendakwa mereka sedang memuktamadkan perincian akhir dengan Manchester United, yang akan menerima 25% daripada hasil penjualan seterusnya.