Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga Malaysia 2022.

Malaysian Football League (MFL) dan Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) semalam, mengumumkan Malaysia Airlines sebagai rakan penerbangan rasminya. 

Kredit : MFL

MFL selaku badan pengelola Liga Malaysia, telah menjalinkan kerjasama bersama Malaysia Airlines yang mana syarikat penerbangan tersebut akan menyediakan perjalanan yang selamat dan lancar untuk MFL, bagi menyokong aktivitinya, termasuk persidangan tempatan dan antarabangsa, klinik bolasepak, dan pertandingan profesional di bawah pengelolaannya.

Menurut pendedahan yang di buat pada laman rasmi MFL, kerjasama itu juga menandakan komitmen syarikat penerbangan itu dalam memwujudkan rasa identiti nasional secara kolektif dan perpaduan melalui sukan nombor satu negara kita.

Lanjutan daripada komitmennya sebagai rakan penerbangan rasmi untuk MFL, Kumpulan Penerbangan Malaysia itu akan memanfaatkan rangkaian organisasi meluas mereka menerusi pelaksanaan kempen, penjenamaan serta acara bersama dengan Firefly, MASwings, MHholidays dan Enrich.

MoU itu ditandatangani oleh Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL dan Lau Yin May, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB.  

Turut hadir pada majlis itu ialah Dato’ Ab Ghani Hassan, Presiden MFL, dan Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, yang menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian itu, Kapten Izham berkata:

“Saya pasti bahawa hubungan simbiotik antara Malaysia Airlines dan MFL ini akan memberi manfaat kepada peminat bolasepak di seluruh negara.

"Menyatukan peminat dengan pasukan kegemaran mereka, terutamanya penyokong dari Malaysia Timur, yang kini boleh menikmati lebih banyak perlawanan yang diadakan di Semenanjung, dan sebaliknya melalui sambungan lancar kami dan peningkatan kekerapan penerbangan.”

Dalam masa yang sama, Encik Stuart Ramalingam berkata: 

“Perkongsian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan Malaysia Airlines Berhad melambangkan dua jenama.

"Syarikat penerbangan kebangsaan dan persatuan bolasepak terbesar negara – bersatu untuk meningkatkan taraf dunia bolasepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan agenda negara.

Pemeteraian MoU itu juga adalah susulan perkongsian terbaru MAB dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), menunjukkan dedikasi tidak berbelah bahagi syarikat penerbangan itu dalam usaha menyokong pembangunan bakat tempatan dalam bidang sukan bolasepak tanah air.

Kredit dan sumber: MFL

Post a Comment

Previous Post Next Post