Pemain akan kembali semula ke Arsenal pada musim panas.

Walaupun pemain pinjaman Arsenal, Ainsley Maitland-Niles mempunyai masa bermain yang tetap pada awal penyertaannya bersama Roma, namun keadaan nampaknya berubah secara drastik kebelakangan ini.


Laman sesawang Roma Today, pada hari Khamis telah memaparkan cerita mengenai pemain muda Roma, Nicola Zalewski telah diberikan peluang oleh Jose Mourinho untuk beraksi buat kali pertama bersama Giallorossi.

Zalewski diberikan kesempatan untuk beraksi dalam skuad permulaan Roma pada perlawanan minggu lalu ketika menentang Spezia, yang berkesudahan skuad Mourinho itu menang tipis, 1-0.

Laporan itu menunjukkan bahawa tidak ada keperluan untuk Roma membawa masuk bek sayap baharu kerana Mourinho menggunakan pemain muda itu berdasarkan meritokrasi dan bukan untuk kecemasan.

Roma Today menganggap itu sebagai mesej penolakan yang jelas kepada pemain lain dalam posisi itu, termasuk Maitland-Niles.

Nicola Zalewski, pemain akademi Roma berusia 20 tahun.

Laman sesawang itu juga mendakwa bahawa pemain Arsenal itu tidak akan kekal di Roma berikutan tempohnya pinjamannya yang akan tamat pada penghujung musim ini.

Mereka membuat kesimpulan dengan mengatakan pemain berusia 24 tahun itu akan kembali kepada The Gunners sebaik sahaja kempen ini berakhir.

Arsenal kemudiannya perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan terhadap Maitland-Niles kerana kontraknya di Emirates akan tamat pada 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post