Andy Van der Meyde, bekas pemain kebangsaan Belanda pernah berkhidmat bersama kelab Inggeris, Everton selama empat tahun.
Jaringan yang dilakukan Van der Meyde ketika menentang Arsenal. |
Sebelum menyertai The Toffees, Van der Meyde terlebih dahulu bersama kelab Itali, Inter Milan dan sesuatu yang pastinya menjadi ingatan kepada peminat dan penyokong Arsenal adalah jaringannya ketika menentang The Gunners pada 2003.
Van der Meyde menjaringkan gol yang menakjubkan ketika menentang Arsenal pada 17 September 2003, dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 di tempat lawan, di Highbury.
Bagaimanapun Inter akhirnya disingkirkan dari kejohanan tersebut selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.
Van der Meyde kemudiannya berpindah ke England dan menyertai Everton pada 31 Ogos 2005 dalam perpindahan yang menelan belanja sekitar £2 juta ketika itu.
Namun perjalanan kariernya bersama Toffees tidak berlaku seperti yang diharapkan, di mana dia hanya membuat 24 penampilan sepanjang empat tahun bersama kelab tersebut.
Dan itu menjadikannya sebagai salah satu kegagalan terbesar dalam karier bolasepaknya.
Kini berusia 42 tahun, bekas penyerang itu tidak pernah menyembunyikan bahawa pengalamannya di Everton bukanlah masa terbaiknya sebagai pemain bolasepak.
Tetapi dia sentiasa menegaskan bahawa dia menikmati kehidupannya di England.
Van der Meyde mewakili Everton dari 2005-2009. |
Ini adalah sesuatu yang diceritakannya sekali lagi apabila menjelaskan kehidupan penuh pancarobanya dalam temu bual bersama Revu.
Dalam temu bual itu, Van der Meyde telah ditanya tentang kehidupannya secara umum serta 'tempoh paling gelap' yang dia hadapi sepanjang hidupnya.
“Masa di Liverpool, ketika saya bermain bolasepak untuk Everton." jelas Van der Meyde dalam temu bual tersebut.
"Kehidupan saya di sana penuh dengan duka dan masalah.
"Pelbagai masalah, dengan seorang kanak-kanak di hospital, bertengkar dengan bekas isteri saya, bertengkar dengan pengurus saya.
"Semuanya diambil (dibawa pergi) dari saya, segala-galanya.
“Sangat memalukan, kerana England adalah sebuah negara yang indah.
"Penduduk di Liverpool sangat ramah dan saya menjana pendapatan yang banyak pada masa itu.
"Saya rasa... saya menerima 45,000 euro seminggu, itu bukan perkara biasa.
"Tetapi ia tidak mengganggu saya sama sekali, agak berbeza.
"Apabila saya melihat kembali selepas itu, ia telah berlalu... saya seolah-olah kabur dalam kehidupan."
Selepas masanya di Goodison Park berakhir, Van der Meyde tidak mempunyai kelab selama hampir satu tahun, sebelum menandatangani kontrak bersama PSV Eindhoven.
Penyertaannya bersama kelab Belanda itu tidak bertahan lama dan hanya kekal untuk beberapa bulan sahaja.
Dia kemudian berehat daripada bermain sebelum kembali semula pada Januari 2012 bersama WKE Emmen.
Tetapi itu juga hanya bertahan setengah musim sebelum dia memutuskan untuk bersara selamanya daripada bermain bolasepak pada Julai tahun yang sama.
Sebelum berpindah ke Everton, bagaimanapun, dia telah menikmati kejayaan bersama Ajax Amsterdam dan Inter di Itali, di mana The Toffees membelinya dengan harga £2 juta pada masa itu.
I want to stay, I am desperate to stay. I love it here. Everything suits my game. I'm happy in England and I want to show everyone that I can really play football. If I get the chance next season, I will do it. - Andy Van der Meyde.