Ferdinand percaya Jesus mampu menyinar bersama Arsenal.

Rio Ferdinand yakin bahawa Gabriel Jesus mampu menyinar bersama pasukan seperti Arsenal.

Berita perpindahan.

Rio Ferdinand menyatakan di laman YouTubenya bahawa dia yakin Gabriel Jesus akan menjaringkan lebih banyak gol bersama pasukan seperti Arsenal.

Malah legenda Man United itu juga memuji Eddie Nketiah untuk persembahan menakjubkannya ketika menentang Chelsea dan Red Devils.

Usaha Arsenal untuk menandatangani Jesus pada musim panas ini nampaknya semakin kukuh dan berkemungkinan. 

Ini disokong dengan laporan yang mendakwa bahawa The Gunners telah mengadakan perbincangan lanjut dengan penyerang Manchester City itu mengenai perpindahannya.

Malah, David Ornstein kemudian mencadangkan pada hari Isnin bahawa syarat ataupun terma peribadi pemain tersebut perlu dilakukan dan dipersetujui dengan segera, diantara kedua-dua pihak. 

Wartawan itu juga turut menambah di mana Arsenal bagaimanapun masih perlu mengadakan perbincangan dengan City mengenai bayaran yang mungkin atau terpaksa dijelaskan.

Pemain Brazil berusia 25 tahun itu sudah tentu mampu membuktikan apa yang dia boleh lakukan dan perkara tersebut telah ditunjukkan pada hujung minggu lalu. 

Dia telah menjaringkan empat gol ketika anak buah Pep Guardiola mencatatkan kemenangan besar ke atas Watford di Stadium Etihad. 

Walaupun Jesus tidak pernah menjadi penjaring gol yang konsisten untuk The Citizens, namun dia telah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan musim ini dan mencipta 12 bantuan juga.

Jumlah jaringan yang tidaklah begitu menakjubkan dan itu mungkin membuatkan sesetengah orang tertanya-tanya sama ada pemain bernilai £40 juta itu akan menjadi pemain yang bagus untuk pasukan Mikel Arteta.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
UEFA Champions League Liga Juara-Juara 7 4 1 274'
Premier League Liga Perdana 24 7 9 1.545'
FA Cup Piala FA 4 1 2 326'
EFL Cup Piala EFL 1 - - 14'
Jumlah: 36 12 12 2.159'

Ferdinand bagaimanapun melihat Jesus sebaliknya, dimana pemain itu akan terbukti berjaya sekiranya berpindah ke Emirates. 

Dia juga memastikan untuk memuji Nketiah atas persembahannya menentang Manchester United pada hari Sabtu.

"Anda bercakap dengan pemain mengenai dia, mereka menghargainya kerana dia meletakkan beban kerja yang baik, dia mempunyai kualiti," katanya kepada saluran YouTubenya.

“Saya fikir jika dia bermain secara konsisten dalam pasukan seperti Arsenal, saya yakin dia akan menjaringkan gol untuk anda. 

"Tidak dilupakan, Nketiah pada hujung minggu saya fikir adalah sangat cemerlang. 

"Menahan bola dengan baik, membawa orang lain ke dalam permainan.”

Post a Comment

Previous Post Next Post