MFL umum perubahan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2022.

Perubahan dan pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2022.

Dimaklumkan bahawa pihak Malaysian Football League (MFL) telah menerima permohonan dan juga persetujuan bersama dari Johor Darul Ta’zim dan PJ City FC untuk meminda tarikh perlawanan disebabkan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan juga Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin akan ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih padang kedua-dua stadium yang digunakan semasa Pertandingan AFC Champions League 2022.

Pindaan adalah seperti maklumat berikut :

PUSINGAN PERLAWANAN VENUE TARIKH ASAL TARIKH PINDAAN
LS7 JOHOR DARUL TA’ZIM lwn PJ CITY FC STADIUM SULTAN IBRAHIM, ISKANDAR PUTERI 6/5/22 28/6/22

Pihak MFL juga telah menerima dan meluluskan permohonan dari Johor Darul Ta’zim II (JDT II) untuk meminda venue PTR JDT II kerana penutupan sementara Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin ke venue baharu JDT II ialah Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, melibatkan semua perlawanan JDT II selaku pasukan tuan rumah bermula 7/5/22.

Muat turun jadual terkini Liga Super dan Liga Premier 2022.

Kredit dan sumber : MFL

Post a Comment

Previous Post Next Post