Tempat empat teratas sudah berakhir buat Man. United.

Ralf Rangnick mengakui empat teratas telah "hilang" untuk Man. United selepas kekalahan kepada Arsenal.

Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick telah mengakui bahawa pasukannya tidak lagi bersaing untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

The Red Devils bertandang ke Emirates pada petang Sabtu untuk menentang Arsenal dalam perlawanan yang akan memainkan peranan besar - dalam menentukan siapakah yang layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pasukan Rangnick hadir dalam perlawanan sebagai 'orang luar' dalam perlumbaan untuk empat teratas, setelah tersingkir dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan mereka telah dibelasah 4-0 oleh pencabar kejuaraan, Liverpool di Anfield pada pertengahan minggu.

Kekalahan yang memeritkan selain menambah kesengsaraan pasukan Red Devils ketika berkunjung ke Stadium Emirates.

Tetapi harapan mereka untuk bangkit mencipta peluang menamatkan saingan dikelompok empat teratas punah seawal pembukaan perlawanan setelah Arsenal mendahului hanya dalam lima minit perlawanan bermula.

Anak buah Mikel Arteta memanfaatkan kelemahan benteng pertahanan Man. United apabila Nuno Tavares dengan mudah menolak masuk untuk gol pembukaan perlawanan.

Kemenangan untuk Arsenal nampaknya telah meletakkan mereka mengawal perlumbaan untuk empat teratas, dua mata di hadapan Tottenham Hotspur di tempat kelima pada saat tulisan ini dibuat.

Peluang Man. United begitu tipis setelah mereka bermain lebih banyak perlawanan berbanding Arsenal (satu perlawanan) untuk mencari peluang layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Man. United menyertai permainan dengan peluang 1.25% untuk menamatkan saingan di empat teratas, berdasarkan model ramalan musim berkuasa AI Opta, tetapi itu menurun kepada 0.17% dengan kekalahan itu. 

Pun begitu, mereka sebenarnya masih berpeluang berdasarkan kiraan matematik tetapi, bagi Rangnick, perlumbaan untuk mereka telah berakhir.

"Agak pasti," katanya kepada BT Sport apabila ditanya sama ada empat teratas telah hilang untuk Man. United.

“Bagi saya walaupun sebelum perlawanan ia tidak begitu mungkin tetapi selepas keputusan hari ini empat teratas...ya hilang.”

Luahan Rangnick itu turut dipersetujui oleh bekas pemain pertahanan Man. United, Rio Ferdinand yang berkata: “Tidak mungkin Man. United menduduki empat teratas sekarang.

"Tiada peluang. Sudah berakhir."

Dengan kelayakan Liga Juara-Juara nampaknya diketepikan, Man. United kini mungkin mula memberi tumpuan untuk membina skuad mereka untuk musim depan. 

Mereka sudah mula merancang, menamakan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu mereka, dengan bos Ajax itu akan menyertai mereka pada musim panas ini.

Malah Rangnick sendiri telah merujuk kepada Arsenal sebagai pelan pembangunan yang perlu dibuat Manchester United dan sebagai petunjuk kepada Erik ten Hag.

Post a Comment

Previous Post Next Post