Pemain bernilai £15 juta yang dimahukan Tottenham dan Arsenal kini boleh menandatangani pasukan Liga Perdana Inggeris yang lain.
Tottenham dan Arsenal menghadapi persaingan baharu dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain pertahanan Middlesbrough, Djed Spence.
Ini berikutan Brentford dilaporkan berminat untuk mendapatkan bintang pinjaman Nottingham Forest itu.
The Sun melaporkan bahawa Brentford adalah peminat besar Spence dan The Bees telah memastikan masa depan mereka kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan setelah berada dikelompok pertengahan, jauh dari zon penyingkiran.
Kedudukan terkini EPL. |
Mereka tampil dengan beberapa siri persembahan menakjubkan pada tahun pertama mereka di saingan teratas dan tumpuan kini adalah untuk mengukuhkan lagi skuad bagi saingan tahun depan dengan Spence telah muncul sebagai sasaran terbaru skuad kendalian Thomas Frank.
Spence telah berada dalam prestasi cemerlang bersama Forest sepanjang musim dan telah membantu mereka ke saingan playoff dan berpeluang untuk menamatkan saingan di tempat kedua Kejuaraan.
Kedudukan semasa Liga Kejuaraan. |
Walaupun prestasinya sangat cemerlang, namun Chris Wilder memilih untuk tidak membawanya kembali ke Boro dan laporan telah mencadangkan kedua-dua Tottenham dan Arsenal menginginkannya.
Sudah tentu, sekiranya Forest dinaikkan pangkat (beraksi di saingan Liga Perdana), maka pastinya nama Spence akan menjadi calon keutamaan dalam senarai pembelian mereka.
Boro dikatakan menilainya pada sekitar £15 juta, nilai dan harga yang tidak akan menjadi masalah buat mana-mana pasukan untuk mendapatkannya.
Bersama Brennan Johnson, Spence telah membentuk gandingan yang paling mantap dalam saingan Kejuaraan.
Spence telah membuktikan bahawa dirinya tidak menghadapi masalah ketika menentang lawan dari kelab Liga Perdana Inggeris dalam siri piala domestik, dengan persembahan menarik ketika menentang Arsenal dan Leicester.
Dari segi pemain dalam Kejuaraan, tidak ramai yang menarik seperti Djed Spence dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dia menghirup udara segar dan bermain seperti dia sudah menjadi pemain Liga Perdana selama bertahun-tahun.
Middlesbrough menyedari sepenuhnya bahawa mereka tidak akan dapat mengekalkannya dan jalan terbaik adalah mendapatkan sedikit keuntungan hasil penjualan pemain tersebut.
Ketika ini, Spence dilihat sangat sesuai dan mampu beraksi dengan baik di Brentford dan ini juga akan menjadi halangan kepada mana-mana pasukan lain untuk mendapatkannya.
Namun, Arsenal juga memerlukan seorang pemain bek kanan baharu yang mampu menampung kekosongan sekiranya Takehiro Tomiyasu dan Cedric Soares tidak tersedia, lebih-lebih lagi The Gunners bakal bersaing di peringkat Eropah.
Djed Spence dan Brennan Johnson membentuk gandingan mantap Bretford. |