Set Komemoratif MRSM 50 Tahun Jubli Emas.

SET KOMEMORATIF EDISI TERHAD BERSEMPENA MRSM 50 TAHUN JUBLI EMAS.


MRSM ‘Bersinar Selamanya’ adalah perjalanan Maktab Rendah Sains MARA selama 50 tahun.

Bermula pada tahun 1972 dengan MRSM Seremban, Negeri Sembilan, kini berbangga kerana telah melahirkan lebih 200,000 bekas pelajar.

Dan sempena memperingati sambutan Ulangtahun Jubli Emas MRSM ke 50 Tahun, ANSARA memperkenalkan “SET KOMEMORATIF EMAS GOLDBAR EDISI TERHAD”: SEGALANYA BERSINAR.

Set Komemoratif ini membawakan pelbagai barangan istimewa dengan Goldbar 0.5Gram ditempa khas dengan logo MRSM Jubli Emas 50 Tahun, Booklet Khas Edisi Terhad, Kad Touch n Go Edisi Terhad 50 Tahun & Stiker Road Tax Kereta. 

Edisi ini hanya dibuat secara terhad dan pastinya satu edisi yang harus dimiliki oleh bekas pelajar, ibu bapa pelajar yang sedang belajar di MRSM, kakitangan dan bekas kakitangan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan MRSM.

Aset simpanan, kalis inflasi dengan nilai emasnya meningkat. Emas Goldbar ini membawa rekabentuk hadapan Goldbar, yang memaparkan imej logo MRSM Jubli Emas dengan 50 Anniversary 1972 – 2022, melambangkan 50 tahun penubuhan MRSM dalam memberikan pendidikan kepada rakyat Malaysia.

Tulisan 0.5g menunjukan berat emas dipaparkan pada logo, cop khas AU 999.9 FINE GOLD melambangkan ketulenan emas 999.

Rekabentuk belakang Goldbar pula menunjukkan ANSARA MALAYSIA dan paparan KL ASSAY OFFICE.

Produk emas seperti yang dinyatakan diatas mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan (Assayer).

Assayer ini berperanan untuk menguji setiap produk emas yang dihasilkan agar menepati piawai yang telah ditetapkan.

Setiap produk telah melalui saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan.

Imej di kad hadapan memaparkan logo MRSM dan menunjukkan no siri khas bagi setiap kad.

Imej dibelakang pula menunjukkan logo ANSARA dan spesifikasi emas goldbar melalui GOLD CERTIFICATE.

Spesifikasi Teknikal:

Berat (g): 0.5
Ketebalan: 0.5 mm
Lebar: 8 mm
Panjang: 15 mm
Ketulenan : AU 999.9

Set komemoratif ini adalah sangat istimewa kerana booklet edisi khas ini disusun padat dengan informasi dan gambar untuk tatapan anda.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki set ini yang pastinya memberikan nostalgia untuk anda dan keluarga.

Penggunaan praktikal setiap hari dan pastinya Kad Touch n Go Istimewa Edisi Jubli Emas 50 Tahun MRSM. 

Hanya untuk anda dan bukan semua orang boleh memilikinya. 

Anda bertuah untuk mendapatkan kad Touch n Go ini.

Beserta dengan set ini juga adalah Decal Stiker, stiker road tax kereta dengan logo Jubli Emas dan logo ANSARA.

Set Komemoratif Edisi Terhad MRSM 50 Tahun Jubli Emas ini hanya ditempa/dicetak dengan jumlah TERHAD sahaja dan tidak akan diulang tempa atau ulang cetak lagi.

Jika anda terlepas peluang membuat tempahan sekarang, anda tidak akan dapat beli dari mana-mana lagi.

Bonus Istimewa Untuk Setiap Pembelian Set Komemoratif Edisi Terhad MRSM 50 Tahun Jubli Emas. 

Anda akan mendapat Akaun Emas Meem Gold & Jewellery PERCUMA dan insentif untuk pembelian masa hadapan.

Kredit : MRSM 50 Tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post