Arsenal telah bertanyakan mengenai potensi perpindahan.

The Gunners dilaporkan telah berhubung dengan kelab dan bayaran perpindahan dijangka mencecah €20 juta.

Arsenal terus dikaitkan dengan perpindahan Memphis Depay, dengan edisi Isnin Sport menyebut The Gunners dalam artikel mengenai masa depan pemain itu.

Pemain Belanda itu menyertai Barcelona dari Lyon sebagai pemain bebas dan pada masa perpindahan itu, terdapat keraguan mengenai masa depan jangka panjangnya bersama Blaugrana.

Depay dilihat sebagai peluang pasaran perpindahan dan seseorang yang boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan jika situasinya bersama kelab tidak berjaya.

Pemain berusia 28 tahun itu jelas tidak mendapat 'peringatan' itu dan memulakan musim dengan prestasi mengagumkan apabila sering menjaringkan gol yang hebat, bermain dalam skuad permulaan untuk Barca. 

Bagaimanapun keadaan mula berubah pada pertengahan musim, dengan Depay kehilangan bisa, masa permainan dan jaringan gol.

Dia menamatkan musim ini dengan 13 gol dalam 38 penampilan bersama gergasi Sepanyol itu untuk kesemua pertandingan.

Sport berkata Arsenal bersama Juventus, telah bertanyakan mengenai potensi perpindahan pemain tersebut.

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez kini dilaporkan sedang menangguhkan sebarang perpindahan melibatkan pemain itu kerana mahukan kemasukan baharu sebelum melepaskan Depay pergi.

Sekiranya berlaku jualan, dipercayai Barcelona dengan mudah mendapat lebih daripada €20 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post