Arsenal mampu membayar perpindahan Morata tetapi adakah pemain itu berminat?

The Gunners kini hanya perlu meyakinkan pemain untuk berpindah ke Emirates.

Selepas berpisah dengan Pierre-Emerick Aubameyang awal tahun ini, Arsenal bergantung kepada Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah untuk separuh kedua musim 2021/22, di bahagian serangan.

Duo The Gunners itu mempunyai perjanjian yang akan berakhir pada 30 Jun ini dan perkembangan terbaru menyaksikan Nketiah dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani perjanjian baharu.

Manakala Lacazette pula bersedia untuk meninggalkan Emirates sebagai ejen percuma dan ini memaksa Arsenal untuk membawa masuk No.9 baharu pada musim panas ini.

Lacazette mungkin meninggalkan Emirates secara percuma dan Nketiah mungkin menandatangani kontrak baharu.

Kebelakangan ini, Arsenal begitu kuat dikaitkan dan kerap dinamakan sebagai pelamar berpotensi untuk mendapatkan Alvaro Morata, setelah masa depan pemain itu masih samar. 

Pada 2020, Atletico Madrid membenarkannya menyertai Juventus dengan perjanjian pinjaman selama dua tahun dengan pilihan untuk membelinya yang ditetapkan pada nilai €35 juta.

Bagaimanapun, kelab Turin itu hanya sanggup mengekalkan pemain antarabangsa Sepanyol itu sekiranya mereka menerima harga diskaun, yang enggan diterima oleh pihak La Liga.

Ini dilaporkan sekali lagi oleh Calciomercato, yang menambah Los Rojiblancos sanggup melepaskan Álvaro pergi, tetapi tidak pada harga yang rendah.

Pada masa ini, tiada tawaran dilakukan oleh pihak Old Lady untuk mengekalkan Morata.

Laman web itu menyebut minat Arsenal terhadap bekas pemain Chelsea itu dan seterusnya menambah The Gunners boleh memenuhi keperluan kewangan untuk melakukan perpindahan itu.

Bagaimanapun, Morata difahamkan tidak begitu mengalu-alukan (kurang bersemangat) mengenai pilihannya untuk menyertai Arsenal.

Ini dijelaskan dengan peristiwa masa lalu yang tidak begitu menggembirakannya ketika berada di London, bersama Chelsea.

Kini terpulang kepada Mikel Arteta dan Edu untuk memujuk pemain itu berpindah ke Emirates, sekiranya mereka benar-benar berhajat menandatanganinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post