Kelab Turki menolak pembelian pemain Arsenal selepas bersetuju dengan segala-galanya, kini mereka benar-benar menyesalinya.
Menurut laporan dari media Turki Milliyet, terdapat kekesalan besar di Galatasaray kerana tidak dapat menandatangani bintang Arsenal, Mohamed Elneny pada jendela perpindahan Januari.
Pemain Mesir itu telah menjadi pemain Arsenal sejak Januari 2016, bagaimanapun dia gagal untuk menempatkan dan membuktikan dirinya sebagai pemain utama pasukan yang tetap.
Pun begitu, dia sentiasa melakukan tugas dengan baik apabila diperlukan oleh pengurus pasukan The Gunners.
Elneny memasuki tahun terakhir kontraknya pada musim panas lalu dan ada jangkaan bahawa Mikel Arteta akan menjualnya.
Kontrak Mohamed Elneny akan berakhir pada Jun 2022 bersama Arsenal. |
Bagaimanapun, Elneny tetap setia bersama The Gunners dan dia kekal pada masa itu walaupun hampir tidak bermain pada separuh pertama musim ini.
Terdapat khabar angin yang tersebar pada bulan Januari juga mengenai kemungkinan dia akan meninggalkan Emirates, tetapi Elneny sekali lagi setia dan kekal walaupun perpindahannya kelihatan begitu pasti setelah semuanya dipersetujui pada ketika itu.
Galatasaray menyesal kerana tidak menandatangani bintang Arsenal, Mohamed Elneny.
Menjelang jendela perpindahan Januari tahun ini, pengendali Galatasaray ketika itu, Fatih Terim telah menjelaskan kepada lembaga pengarah bahawa dia mahukan tiga pemain ditandatangani iaitu Trezeguet, Gedson Fernandes dan Elneny dari Arsenal.
Laporan itu mendakwa bahawa persetujuan dengan ketiga-tiga pemain dan kelab mereka juga dicapai dan hanya menunggu masa sebelum perpindahan boleh diselesaikan.
Perpindahan Elneny ke Galatasaray hampir dilengkapkan pada jendela Januari lalu. |
Walau bagaimanapun, hanya 10 hari selepas itu, Terim telah dipecat dan Domenec Torrent menggantikannya.
Pengendali baharu Galatasaray dilaporkan bukan sahaja tidak menyukai Elneny malah senarai tersebut pembelian tersebut, dan dengan itu, semuanya punah janaham.
Kini, laporan itu mendakwa Galatasaray mempunyai kesalan besar kerana mereka tidak dapat menyelesaikan perjanjian untuk pemain Arsenal itu.
Elneny buktikan dia masih berguna kepada Arsenal, tampil berbisa.
Sejak kecederaan Thomas Partey, Elneny yang dikaitkan dengan Galatasaray telah menjadi sebahagian daripada skuad penting Arsenal dan Mikel Arteta.
Pemain Mesir itu tampil dengan hebat untuk The Gunners dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan dia memainkan peranan besar dalam membantu Arsenal menewaskan Chelsea, Manchester United dan West Ham, dalam perlawanan berturut-turut.
Elneny tidak mengecewakan apabila khidmatnya diperlukan, walaupun masa depannya bersama Arsenal masih tidak diketahui. |
Elneny, yang akan berusia 30 tahun pada bulan Julai ini akan menamatkan kontraknya bersama The Gunners pada penghujung musim ini juga.
Dengan prestasi mengagumkan yang dipamerkannya baru-baru ini, ramai peminat dan pakar telah menggesa Arsenal untuk memberikannya perjanjian baharu, termasuk legenda kelab Ian Wright.
Lagenda Arsenal itu berkata baru-baru ini: “Kami bercakap tentang pemain yang hadir, yang melakukan tugas untuk pengurus mereka dengan profesionalisme yang luar biasa.
“Elneny mungkin akan pergi pada penghujung musim, anda lihat pada prestasi itu dan perlawanan menentang Chelsea, dan anda hanya boleh fikir sendiri bahawa jika Arsenal cuba membina pasukan untuk empat teratas, anda memerlukannya sebagai sandaran [backup].
"Dia harus kekal!”
Pengurus yang bertanggungjawab membawa Mohamed Elneny ke Emirates, Arsene Wenger pernah berkata mengenai pemain itu pada 2016.
“Dalam setiap pasukan yang berjaya, anda memerlukan pemimpin yang senyap.
"Apabila saya menyebut pemimpin yang senyap, saya maksudkan seseorang yang tidak bercakap dengan media, yang tidak mendapat tajuk utama, tetapi di atas padang melakukan segala yang berguna untuk pasukan."