Kapten Jack Sparrow melepas AS$22.5 juta.

Ejen Johnny Depp dedah pelakon tersebut 'kehilangan' AS$22.5 juta selepas tidak lagi memegang watak Kapten Jack Sparrow.

Pelakon terkenal, Johnny Depp, kehilangan peluang untuk meraih bayaran AS$22.5 juta bagi edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' apabila Disney membatalkan projek itu selepas bekas isterinya, Amber Heard, menuduh beliau melakukan keganasan rumah tangga.

Ejen Depp, Jack Whigham, dalam keterangannya pada perbicaraan berprofil tinggi membabitkan saman fitnah selebriti berkenaan di Virginia, semalam, berkata dakwaan Heard melalui penulisan (op-ed) yang disiarkan dalam Washington Post itu disifatkan sebagai 'malapetaka' terhadap kerjaya Depp di Hollywood.

Whigham yang menjadi ejen Depp sejak 2016, memberitahu mahkamah bahawa selepas 'op-ed' itu disiarkan, keadaan menjadi mustahil untuk mendapatkan projek filem studio bagi pelakon berkenaan.

Beliau berkata, perjanjian sudahpun dicapai dengan Disney untuk Depp muncul dalam edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' dengan watak tidak asing lagi sebagai Kapten Jack Sparrow.

Tuntutan Johnny Depp terhadap bekas isterinya, Amber Heard, menegaskan bahawa keriernya telah rosak oleh op-ed yang ditulis bekas isterinya untuk The Washington Post.

"Perjanjian itu ditetapkan dengan bayaran AS$22.5 juta," katanya.

Bagaimanapun, Whigham berkata, Disney memutuskan untuk 'beralih arah' selepas penulisan terbabit disiarkan dalam Washington Post pada Disember 2018.

Depp, 58, memfailkan saman fitnah terhadap Heard, 36, atas penulisannya untuk kolum Washington Post itu, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta.

Heard yang juga pelakon filem 'Aquaman' pula membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta dan mendakwa dirinya mengalami 'penderaan serta keganasan fizikal' daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Amber Heard telah menyaman balas Depp, dengan menegaskan bahawa bekas peguamnya memfitnahnya dengan merujuk dakwaannya sebagai penipuan.

Sementara itu, anggota pasukan keselamatan Depp, Travis McGivern, turut memberi keterangan pada perbicaraan, semalam.

McGivern memberitahu mahkamah, beliau ada ketika satu insiden pergaduhan pasangan itu di kediaman mereka di Los Angeles di mana Heard didakwa menumbuk muka Depp, membaling tin minuman dan meludah pada Depp.

Katanya, beliau kemudian membawa Depp keluar demi 'keselamatan' lelaki itu.

Depp dan Heard bertemu pada 2009 di set penggambaran filem 'The Rum Diary' sebelum berkahwin pada February 2015 tetapi bercerai dua tahun kemudian.


“The Rum Diary” yang menemukan Depp dan Hear pada 2009

Kredit dan sumber: The New York Times

Post a Comment

Previous Post Next Post