Arsenal berminat untuk membawa balik pemain berusia 26 tahun dengan pemain itu juga membayangkan dirinya kembali ke Emirates.
Arsenal berminat dengan perjanjian untuk membawa Serge Gnabry kembali ke Emirates dari Bayern Munich pada musim panas ini sekiranya dia meninggalkan Jerman.
Demikian menurut wartawan BILD, Christian Falk, yang mengatakan perpindahan menyertai The Gunners, bagaimanapun, 'tidak realistik dari segi kewangan'.
Kontrak Gnabry di Allianz Arena akan tamat pada musim panas depan dan setakat ini dia masih belum menandatangani perjanjian baharu bersama gergasi Jerman itu walaupun musim ini menyaksikan dia meledak 17 gol dan menghasilkan 10 bantuan dalam 45 perlawanan untuk semua pertandingan.
Hasilnya, dia telah dikaitkan dengan perpindahan dan ini akan menjadi peluang terakhir untuk Bayern mendapatkan wang dari pemain Jerman itu jika dia tidak menandatangani perjanjian baharu.
Kembali ke Arsenal telah dicadangkan dan Falk menegaskan bahawa The Gunners 'berminat' untuk mendapatkannya.
Penyerang itu 'juga boleh membayangkan' kembali ke Emirates, tetapi terdapat satu halangan penting, iaitu Arsenal tidak mempunyai kewangan untuk merealisasikannya pada musim panas ini.
Kegagalan The Gunners untuk mara ke Liga Juara-Juara bermakna kewangan mereka tidak sekuat mana dan dengan itu, perpindahan untuk Gnabry pada musim panas ini 'tidak realistik dari segi kewangan'.
Peluang mereka seterusnya mungkin tahun depan apabila dia boleh didapati secara percuma, memandangkan dia tidak menandatangani kontrak baharu dengan Bayern buat masa ini.
TRUE✅ @Arsenal are interested in Serge Gnabry. Gnabry can also imagine a comeback with the Gunners. After missing the Champions League, this is financially unrealistic this summer. next chance: 2023 when Gnabry is a free agent @BILD_Sport pic.twitter.com/kdwjEyqjji
— Christian Falk (@cfbayern) May 25, 2022