Pemain muda Man United diibaratkan seperti Odegaard

Pemain muda Man United dipuji kerana bakat semulajadinya dan diibaratkan seperti Odegaard dari Arsenal.

Pemain muda Manchester United, Isak Hansen-Aaroen telah diberi amaran untuk terus bersabar dengan usahanya di tengah-tengah perbandingan dirinya dengan pemain Arsenal, Martin Odegaard.

Hansen-Aaroen telah bersama Manchester United sejak 2020, apabila dia menyertai mereka dalam perjanjian dari kelab Tromso IL, Norway.

Sejak itu, dia meningkat naik daripada skuad bawah 18 ke bawah 23 tahun, membuat 28 penampilan dalam semua pertandingan dalam pasukan yang baru-baru ini memenangi Piala Belia FA.

Man Utd memenangi Piala Belia FA untuk kali ke-11 dengan kemenangan 3-1 ke atas Nottingham Forest di Old Trafford, baru-baru ini.

Persembahannya sangat mengagumkan dan perkembangan itu menyaksikan banyak diperkatakan mengenai masa depannya, dengan pemain berusia 17 tahun itu antara kumpulan pemain muda yang boleh ditetapkan untuk masa depan yang cerah di Manchester United.

Untuk melakukan itu, dia perlu mengelakkan perangkap yang 'meranapkan' ramai pemain muda yang diperkatakan akan menyinar tetapi bergelut untuk mencapai peringkat tertinggi.

Pemain yang disamakan dengannya, Martin Odegaard dari Arsenal, pastinya boleh memberi keterangan mengenainya, setelah muncul sebagai pemain muda yang mengagumkan tetapi bergelut berikutan perpindahan berprofil tinggi ke Real Madrid.

Martin Odegaard, mencipta peluang terbaik dan terbanyak Arsenal musim ini.

Odegaard kembali berada di puncak prestasi selepas berpindah ke Arsenal dan bekas rakan sepasukan Hansen-Aaroen, Yttergard Jenssen telah memberi amaran kepada pemain United itu tentang mengelak laluan sama mengenai rakan senegaranya.

“Saya juga telah melihat beberapa sorotan daripadanya di United. 

"Nampaknya dia bermain dengan sangat baik di sana,” katanya kepada Dagbladet.

“Saya fikir dia sangat bagus dan hakikat bahawa dia telah mengambil langkah seterusnya dengan begitu baik adalah sangat mengujakan. 

"Saya merasakan bahawa ini adalah seorang pemuda yang berbakat, yang sudah dikenalpasti pada sesi latihan pertama.

“Dia mempunyai beberapa kemahiran yang benar-benar hebat. 

"Dia sangat hebat ketika bermain dengan bola. Dan cara dia bergerak di padang bolasepak … Ada sesuatu yang artistik mengenainya. 

"Dia mengingatkan saya sedikit tentang Martin Odegaard.

“Kami hanya perlu membiarkan dia menarik perhatian kita dan bergembira kerana dia melakukannya dengan baik. 

"Kemudian kita akan lihat sejauh mana ia pergi.

“Kerjaya bolasepak naik dan turun. 

"Pada masa ini, dia berada dalam senarai dan pasti ada kesukaran.

"Jadi marilah kita berharap dia dapat mengatasinya dengan baik dan meneruskan aliran menaik itu dalam jangka panjang.”

Post a Comment

Previous Post Next Post