Temubual Eksklusif Edu mengenai rancangan pengambilan Arsenal.

Edu bercakap mengenai pengambilan Fabio Vieira, pembaharuan kontrak Eddie Nketiah dan rancangan pengambilan Arsenal.

Dengan Arsenal sudah membuat langkah pertama dalam jendela perpindahan, pengarah teknikal kelab, Edu telah menggariskan strategi pengambilan pada musim panas ini.

Penyerang antarabangsa remaja Brazil, Marquinhos adalah yang pertama tiba pada bulan Jun. 

Pemain berusia 19 tahun itu telah menyertai The Gunners dari Sao Paulo dan dilihat sebagai satu pelaburan untuk masa hadapan dengan pemain itu dijangka terus menyinar.

Baru-baru ini Arsenal juga telah menyempurnakan pengambilan pemain tengah antarabangsa bawah 21 tahun Portugal, Fabio Vieira

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan pemain penting di Porto dan dinamakan Pemain Kejohanan pada Kejohanan Bawah 21 Eropah di Hungary dan Slovenia baru-baru ini.

Selain itu, graduan Hale End Arsenal, Eddie Nketiah (23) baru-baru ini telah menandatangani kontrak jangka panjang baharu dengan kelab, selepas menjaringkan 10 gol musim lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post