Arsenal buat tawaran terhadap pemain Benfica dengan Grimaldo kini berada di England.

Pemain pertahanan dalam 'penyingkiran' ketika Arsenal membuat tawaran untuk Grimaldo.

Arsenal dilaporkan sedang berunding dengan Benfica selepas membuat tawaran £6.4 juta untuk menandatangani Alex Grimaldo.

Bek kiri berusia 26 tahun itu difahamkan telah berada dalam radar Mikel Arteta sejak sekian lama dan selepas terlepas peluang untuk menandatangani Aaron Hickey, The Gunners kini telah mengubah sasaran kepada pemain Sepanyol itu (Grimaldo).

Hickey mengesahkan perpindahan £17 juta ke Brentford dua minggu lalu dan itu telah menyebabkan Arsenal terpaksa mencari di tempat lain untuk bek kiri baharu, yang akan menjadi sandaran kepada Kieran Tierney.

Aaron Hickey sah menjadi milik Brenford

Menurut A Bola, Arsenal telah meningkatkan taruhan dan membuat bidaan rasmi untuk pemain pertahanan itu.

Edu telah menawarkan £6.4 juta (€7 juta) untuk graduan La Masia dan sedang menunggu berita daripada kelab Portugal itu.

Grimaldo kelihatan seperti pemain dengan tanda harga yang murah kerana kontraknya akan tamat musim depan dan pemain itu sedang memburu kelab di peringkat lebih tinggi.

Dia telah memenangi tiga kejuaraan Liga Primeira sejak menyertai Benfica pada Januari 2016, namun bermula 2019 dia gagal memenangi sebarang trofi dan itu akhirnya telah membawa kepada jalan keluar buat bekas lulusan akademi Barcelona itu dengan alasan untuk mencari angin baharu.

Grimaldo pastinya akan menjadi peningkatan pada Nuno Tavares dan akan memberikan Kieran Tierney dengan persaingan sebenar di bek kiri. 

Pemain pertahanan kelahiran Valencia itu telah menyumbang 19 gol dan 50 bantuan daripada 247 penampilan untuk sepanjang kariernya bersama Benfica.

Pengganti Tavares?

Masa depan Tavares pula kelihatan tidak jelas selepas tiba dari Benfica pada musim panas lalu walaupun merupakan pemain yang dibawa masuk oleh Mikel Arteta sendiri,

Namun dia tetap bergelut untuk berada dalam perancangan pengurus The Gunners itu, lebih-lebih lagi selepas gagal untuk menjadi pengganti kepada Tierney (ketika cedera).

L'Equipe, melalui The Sun mendakwa bahawa Grimaldo boleh menggantikan Tavares di Arsenal, malah kelab Ligue 1 Marseille difahamkan sedang mengusahakan perjanjian untuk menandatangani Tavares secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli.

Arteta pula sedang mencari persaingan untuk Tierney dan meredakan sebarang kebimbangan terhadap bintang Scotland itu daripada mengalami kecederaan ketika menentang Nurnberg pada hari Jumaat.

Tierney banyak terlepas aksi musim lalu selepas menjalani pembedahan lutut dan hanya bertahan selama 30 minit dalam perlawanan persahabatan, tetapi Arteta berkata itu adalah sebahagian daripada rancangannya (mengeluarkan Tierney).

"Dia sangat bagus," kata Arteta. 

"Dia telah berlatih dengan sangat baik.

"Jelas sekali dia telah berehat selama lebih tiga bulan dan sekarang kami mahu memberinya pemanasan yang betul, bermain setengah jam pertama dan kemudian mengeluarkannya. 

"Jadi dia berada dalam keadaan baik dan tiada masalah di sana."

Arsenal mungkin mahu mengambil kesempatan daripada fakta bahawa Grimaldo dan Benfica berada di England dalam kem latihan pramusim.

Grimaldo memulakan dalam kesebelasan utama ketika mereka mencatatkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan persahabatan ke atas Reading di St George's Park.

Dan sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Benfica sedia melakukan penjualan pemain itu daripada kehilangannya secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post