Arsenal telah meningkatkan minat mereka terhadap pemain Benfica dan boleh membuat bidaan tidak lama lagi, menurut satu laporan.
The Gunners telah dilaporkan telah meningkatkan minat mereka terhadap bek sayap Benfica, Alex Grimaldo minggu ini dengan tawaran €7 juta dijangka untuknya.
Demikian menurut Jornal do Noticias, yang mengatakan angka itu sudah cukup untuk meyakinkan kelab Portugal itu untuk melakukan penjualan.
Akhbar itu melaporkan bahawa Arsenal telah menunjukkan peningkatan minat terhadap pemain pertahanan Sepanyol itu minggu ini, ketika Mikel Arteta meneruskan pembinaan semula skuadnya pada musim panas ini.
Arsenal juga dilaporkan telah mengejar Lisandro Martinez dari Ajax dalam beberapa minggu kebelakangan ini
Martinez, biasanya bermain sebagai bek tengah tetapi juga boleh beroperasi di bahagian kiri pertahanan.
Itu boleh menjadikannya sebagai pemain yang 'bijak' untuk Arsenal kerana ia akan meningkatkan dua kedudukan (posisi) sekaligus.
Manchester United juga menyukai penampilan Martinez dan baru sahaja membuat tawaran ketiga untuknya, yang bernilai £43 juta.
Ini hampir dengan harga yang diminta Ajax dan boleh menyebabkan pemain antarabangsa Argentina itu pergi ke Old Trafford.
Arsenal sebaliknya bertukar arah dengan mensasarkan Grimaldo dari Benfica, walaupun dikatakan sebelum ini The Gunners akan berusaha bermati-matian untuk menandatangani Martinez.
Mereka percaya bahawa The Gunners bersedia untuk membuat tawaran €7 juta dalam masa terdekat dan perjanjian sebegitu dikatakan amat menyenangkan Benfica.
Benfica lebih gembira untuk menjual pada angka itu dan sebarang perjanjian yang berlaku kemudiannya bergantung kepada pemain yang menerima perpindahan itu.
Malah, mereka sudah pun mencari pengganti untuknya iaitu Raphael Guerreiro dari Borussia Dortmund, yang bakal meninggalkan kelab Jerman itu kerana dia berada di tahun terakhir perjanjiannya.
Ia adalah situasi yang sama dengan Grimaldo, yang juga dalam tahun terakhir perjanjiannya di Benfica dan tidak mahu memperbaharui kontraknya.
Itu membuka pintu kepada Arsenal untuk mendapatkan pemain mereka dan nampaknya Benfica sangat mengharapkan tawaran untuk tiba minggu ini.
Minat Arsenal terhadap Grimaldo mula dilaporkan awal bulan ini apabila laporan mengaitkan dia dengan Mikel Arteta yang bernaung dibawah agensi yang sama.
Kemudian diikuti dengan laporan bahawa tawaran €7.5 juta sahaja diperlukan untuk menandatangani pemain itu.
Dan kini, semuanya menjurus kepada tindakan tersebut dengan Arsenal dikatakan bakal melakukan bidaan dengan harga sekitar €7 juta dan Benfica pula mengalu-alukannya.