Arsenal kekal berminat dengan pemain tengah.

Kelab berharap untuk merungkai simpulan untuk menyelesaikan penjualan tidak lama lagi.

Media Itali, Calciomercato dua hari lalu telah bercakap tentang desakan Juventus untuk menyingkirkan beberapa pemain dalam skuad mereka dan Arthur, yang memperolehi €5 juta bersih setiap musim, dilabelkan sebagai calon utama untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Kelab berkemungkinan yang dinamakan dalam cerita itu adalah Arsenal, yang telah lama dikaitkan dengan pemain Brazil berusia 25 tahun itu.

Calciomercato menulis, Arsenal terus dan sangat berminat terhadap Arthur selepas The Gunners menjadi kelab yang telah memberikan perhatian paling tinggi terhadapnya.

Ia mendakwa, bagaimanapun hubungan itu terus 'ditiup angin sepoi sepoi bahasa' dengan Arsenal nampaknya tidak berusaha keras untuk mendapatkan tandatangannya, sejak kebelakangan ini.

Arsenal mungkin sibuk menumpukan perhatian kepada pemain lain buat masa ini dan menyebabkan perkara tersebut tidak begitu diperkatakan atau dilaporkan secara meluas.

Namun Calciomercato menjelaskan bahawa perkembangan itu merupakan petanda tidak bagus untuk Juventus sambil menegaskan bahawa mereka kini mengalammi situasi yang rumit dengan pemain itu.

Walau bagaimanapun, mereka berharap untuk merungkai simpulan itu tidak lama lagi dan menemui perjanjian untuk pemergiannya.

Ini bermakna, perkembangan itu pasti boleh menjadi peluang yang baik untuk Arsenal mencari perjanjian yang munasabah dengan pihak Old Lady itu.

Khabar angin baru-baru ini dari Sepanyol juga mendakwa Barcelona mungkin berminat untuk menandatangani pemain itu bagi menggantikan Frenkie De Jong pada musim panas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post