Leeds memberi amaran kepada Barcelona selepas Chelsea dan Arsenal membuat tawaran tinggi untuk Raphinha.
Leeds United boleh dipaksa untuk menjual bintang mereka, Raphinha pada musim panas ini dengan Barcelona, Chelsea dan Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Kontrak semasa pemain Brazil itu bersama The Whites hanya akan tamat pada Jun 2024.
Selepas beberapa 'persailangan' berlaku dalam mendapatkan pemain itu, yang mana pada satu ketika Arsenal dilaporkan begitu hampir menandatangani Raphinha sebelum Chelsea muncul dan memotong perlumbaan, kini kelab Catalan pula berada dihadapan.
Bagaimanapun, keputusan mengenai siapa pemenang sebenar masih belum diketahui dan Leeds kini dilaporkan telah memberikan kata dua kepada Barcelona jika mereka mahu menandatangani bintang mereka itu pada musim panas ini.
Ini berikutan pihak Sepanyol itu masih melengah-lengahkan perkara itu dan ditambah dengan tawaran yang sangat tinggi daripada Arsenal dan Chelsea berbanding Barcelona.
Kini, Leed terdesak untuk memuktamadkan urusan perpindahan ini secepat mungkin bagi membolehkan mereka menyelesaikan perkara lain.
Drama perpindahan Raphinha masih berterusan. |
Raphinha telah menerima minat daripada beberapa pasukan ternama Eropah sejak jendela Januari, dengan pelbagai laporan mendakwa bahawa Blaugrana telah pun bersetuju dengan syarat peribadi bekas pemain sayap Sporting Lisbon itu.
Persembahannya yang mempesonakan adalah sebab utama untuk kelangsungan hidup Leeds pada hari-hari terakhir Liga Perdana Inggeris.
Kejayaan Leeds mengekalkan kedudukan dalam saingan tertinggi bolasepak Inggeris menyaksikan ia adalah satu kegagalan buat Barcelona yang mahu mengaktifkan klausa pelepasan sekitar £35 juta yang dimiliki Raphinha.
Barcelona sememangnya bercadang untuk mencetuskan klausa pelepasan Raphinha apabila Leeds tersingkir dari Liga Perdana Inggeris, namun semua punah setelah The Whites terselamat daripada penyingkiran dan mereka kini terpaksa mengeluarkan jumlah bayaran yang tinggi.
Oleh itu, Barcelona masih belum bersetuju dengan bayaran untuk menandatanganinya dan ia nampaknya telah dimanfaatkan oleh Chelsea dan Arsenal, yang kononnya telah meletakkan 'tawaran tinggi' untuk bintang itu.
Dan menurut Mundo Deportivo, kelab yang berpangkalan di Yorkshire itu telah mengeluarkan kata dua (amaran) kepada Barcelona dengan mengatakan mereka mahu perpindahan dilakukan secepat mungkin atau terlepas peluang untuk mendapatkan Raphinha.
Laporan itu menyatakan bahawa Leeds telah memberitahu gergasi Sepanyol itu untuk menyerahkan tawaran terakhir mereka sebelum tamat perlawanan The Whites pada hari Khamis, memberikan anak buah Xavi sedikit masa untuk menandatangani pemain sayap itu.
Leeds dijadualkan untuk bertemu Balckpool esok (Khamis) untuk perlawanan persahabatan, dalam usaha mereka memperkemaskan skuad bagi saingan musim baharu.
Bekas pemain Rennes itu adalah salah satu sasaran paling dicari Barcelona dan dengan kelab itu memerlukan penambahbaikan di bahagian kanan dan bahagian tengah, dia telah diperuntukkan sebagai bakat masa depan.
Chelsea dan Arsenal, menurut laporan itu, telah menawarkan £64 juta untuk Raphinha kerana mereka juga ingin mengukuhkan bahagian tersebut dan jumlah tawaran dari kelab Inggeris itu merupakan angka yang enggan dibayar oleh Barcelona.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak Leeds dilaporkan telah pun bersetuju mengenai syarat bersama Feyenoord untuk menandatangani Luis Sinisterra, yang akan menggantikan Raphinha setelah Jesse Marsch juga kehilangan bintang mereka Kalvin Phillips yang baru menyertai Manchester City.
Tetapi dengan Barcelona masih jauh untuk melengkapkan perjanjian bagi menandatangani bintang Brazil itu, nampaknya pemain berusia 25 tahun itu semakin hampir untuk berpindah ke ibu negara England, ketika dia mencari bolasepak Eropah.
Presiden Barcelona, Joan Laporta percaya bahawa tiada tarikh akhir untuk menyelesaikan perjanjian itu, walaupun masa akan menentukan sama ada ia benar untuk Leeds perlu melengkapkan penjualan Raphinha sebelum menandatangani bintang Colombia, Sinisterra.
Bintang Tottenham, Davinson Sanchez telah menyokong Sinisterra untuk menyinar dalam bolasepak Inggeris, sama seperti penggantinya.
"Leeds berdaya saing. Ia adalah pasukan yang semua orang tahu, yang mana jurulatih (Marcelo) Bielsa bekerja untuk masa yang lama," kata Sanchez.
"Lucho (Sinisterra) telah bermain dengan sangat baik.
"Dia bermain dalam perlawanan akhir kejohanan Eropah (Liga Persidangan UEFA).
"Dia mendapat tempat di Belanda. Dia mempunyai kualiti.
"Dia mempamerkan kebolehan itu dalam pasukan kebangsaan.
"Jika dia mempunyai peluang untuk datang (ke Leeds), dia akan berentap.
"Dan saya rasa apa yang memihak kepadanya ialah, ini adalah liga persaingan.
"Dia sangat kuat dalam pertarungan dan akan dapat membuat perubahan seperti Luis Diaz.
"Jika dia datang, semoga berjaya."
Leeds telah mencapai persetujuan bersama Feyenoord untuk menandatangani Luis Sinisterra, pengganti kepada Raphinha. |