Pengarah bolasepak melabelkan pemain yang cuba ditandatangani Arsenal adalah istimewa dan lebih hebat dari Neymar.
Pengarah Bola Sepak Leeds United, Victor Orta, telah meracau mengenai pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal, Raphinha pada rancangan COPE Great Match.
Orta mengatakan bahawa Raphinha telah melakukan lebih banyak kerja bertahan berbanding rakan sepasukan antarabangsa Brazil dan penyerang Paris Saint-Germain, Neymar.
Raphinha telah menjadi tajuk utama dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan Arsenal, Chelsea dan Barcelona berminat untuk menandatangani pemain sayap itu dari Leeds pada jendela perpindahan musim panas ini.
The Times melaporkan minggu lalu bahawa Arsenal membuat tawaran sebanyak £35 juta, yang ditolak oleh kelab Yorkshire itu.
Daily Mail pula telah melaporkan bahawa Chelsea dan Barcelona telah membida bekas bintang Rennes itu.
Selain itu, Orta turut menambah bahawa Raphinha adalah istimewa dan dia lebih baik daripada bekas penyerang Barcelona, Neymar.
Raphinha vs Neymar
Orta berkata mengenai Raphinha dalam rancangan Great Match COPE, seperti yang diterjemahkan oleh The Yorkshire Evening Post/Joe Brennan: "Dia bagus.
"Dia mempunyai kaki yang baik, fizikal sangat baik, banyak menyumbang.
"Dia seorang pemain yang menarik dan kemudian pada bahagian serangan, dia boleh menentang pemain, melarikan diri daripada pemain, dia sukar untuk ditentang.
"Dia antara pemain yang paling banyak berlari dalam liga.
"Dia seorang pemain istimewa, dia mempunyai persamaan dengan Neymar.
"Dia bermain dengan baik di bahagian sayap tetapi lebih banyak larian daripada Neymar, dia lebih banyak bertahan daripada Neymar."
Mampukah perpindahan berlaku?
Keutamaan Raphinha yang dilaporkan adalah untuk menyertai Barcelona, tetapi jika bekas pemenang La Liga dan Liga Juara-Juara itu gagal mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan dengan Leeds, maka peluang untuk Arsenal dilihat terbuka, walaupun akan menerima tentangan daripada Chelsea.
Pun begitu, sekiranya perkara tersebut belaku (Barcelona gagal memenuhi tuntutan Leeds), maka sudah tentu juga The Gunners perlu meningkatkan bidaan mereka, sekurang-kurangnya menaikkan lagi sebanyak £20 juta untuk mendapatkan Leeds ke meja rundingan.
Sebelum ini, The Gunners telah membuat tawaran sebanyak £35 juta, namun ditolak.
Namun, adakah Arsenal bersedia untuk melakukannya?