Fabrizio Romano dakwa Tielemans mahu menandatangani kontrak bersama Arsenal.

Fabrizio Romano mendakwa pemberontak kontrak Liga Perdana Inggeris menjangkakan untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal.

Arsenal masih mahukan Youri Tielemans dan pemain tengah Leicester City itu menjangkakan akan menjadi Gunner pada penghujung jendela perpindahan musim panas ini.

The Gunners telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk membawa masuk seorang pemain tengah baharu musim panas ini apabila melengkapkan perpindahan pemain perancang, Fabio Vieira dari Porto.

Itu satu langkah yang sangat menarik untuk Arsenal dan memberikan kemungkinan bermain dengan dua maestro kreatif antara Vieira dan Martin Odegaard.

Namun ia masih ada ruang untuk satu lagi pembelian pemain tengah dengan Arsenal terus dikaitkan dengan perpindahan untuk Tielemans.

Mikel Arteta masih mahu mendapatkan Tielmans

Tielemans lebih berminat untuk menyertai Arsenal berbanding kelab lain.

Arsenal telah dikaitkan dengan Tielemans sepanjang musim panas dan ramai beranggapan bahawa minat itu akan berkurangan setelah mereka menandatangani Vieira.

Namun laporan dari The Sun pada hari Rabu mencadangkan bahawa Arsenal sedang bersedia untuk membuat perpindahan baharu £30 juta untuk Tielemans.

Arsenal didakwa yakin untuk mendapatkan Tielemans, mengukuhkan serta menambah kualiti pada barisan tengah mereka.

Fabrizio Romano telah memberikan kemas kini lain semalam, memberitahu Caught Offside bahawa Tielemans dijangkakan akan menjadi pemain Arsenal.

Romano bagaimanapun menambah bahawa kelab lain berminat untuk menandatangani Tielemans dan telah membuat tawaran untuknya dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Oleh itu, Arsenal perlu cepat jika mereka mahu menandatangani Tielemans, walaupun pemain Belgium itu fikir dia akan menyertai The Gunners.

Kontrak Tielemans akan tamat pada 2023 dan Leicester mungkin bersedia untuk menjualnya sekarang daripada kehilangannya secara percuma tahun depan kerana setakat ini, mereka gagal untuk mendapatkan persetujuan mengenai pembaharuan.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjadi seperti 'pemberontak kontrak' kerana perselisihan ini dan mungkin bersedia untuk sesuatu yang baharu di tempat lain, selepas menghabiskan tiga setengah tahun bersama leicester.

Segala-galanya nampaknya menunjuk ke arah Arsenal sekarang, walaupun kita perlu melihat sama ada Mikel Arteta akan berani untuk memainkan tiga pemain tengah - Tielemans, Vieira dan Odegaard.

Dan siapakah yang akan menjadi pemain utama sekiranya penggiliran pemain dilakukan Arteta untuk kejohanan/saingan tertentu.

Sekiranya Arteta menggunakan ketiga-tiga pemain itu serentak, maka kita mungkin akan melihat permainan menyerang walaupun Tielemans mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk menjadi pilihan tengah Arsenal untuk bertahan.

Namun, Tielemans ketika berada pada tahap terbaiknya bersama Leicester, dia sangat cemerlang pada peranan tengah, dengan kerja-kerja kotor uruskan oleh Wilfried Ndidi.

Itu sesuatu untuk Arteta pertimbangkan, tetapi nilai untuk Tielemans mungkin terlalu bagus untuk dilepaskan Arsenal.

Menjadi persoalan juga kepada kita, siapakah yang akan memikul peranan untuk menjalankan kerja-kerja kotor seandainya Arteta menggunakan ketiga-tiga pemain itu serentak.

Pada pemerhatian penulis, sukar untuk menafikan bahawa tugas tersebut sememangnya menjadi milik Granit Xhaka ketika ini.

Pun begitu, mungkin ada perubahan baharu untuk musim depan.

Siapa tahu?

Post a Comment

Previous Post Next Post