Perpindahan terbaik Arsenal pada tahun 2000.

Arsenal menandatangani Robert Pires dari Marseille pada tahun 2000.

Pada 4 Julai 2000, Arsenal membelanjakan £5 juta untuk membeli Robert Pires dari Marseille dan ia merupakan salah satu perpindahan terbaik yang pernah dilakukan The Gunners.

Pires tiba sebagai pemenang Piala Dunia dan Kejohanan Eropah, sejak itu koleksi kejuaraannya terus berkembang di Utara London di mana dia bersama Arsenal untuk tempoh selama enam tahun, yang penuh dengan kegemilangan. 

Tidak dapat dinafikan bahawa, walaupun dengan tempoh yang agak singkat bersama Arsenal, namun beliau berjaya menjadi dan merupakan salah seorang legenda kelab.

Pires membuat 282 penampilan, menjaringkan 85 gol dan memenangi kejuaraan Liga Perdana dua kali serta tiga Piala FA, termasuklah dua kali menjuarai Piala Perisai Komuniti sepanjang tempohnya menjadi The Gunners.

Kredit foto: Goal

Tetapi ia mungkin sangat berbeza untuk bintang Ligue 1 yang kreatif itu.

"Saya lebih suka bermain untuk Real Madrid, tetapi kata-kata Wenger memberi saya lebih jaminan dan keyakinan," jelas Pires selepas menandatangani kontrak bersama Arsenal.

Kelab Sepanyol itu kuat dikaitkan dengannya, tetapi pemain itu berhati-hati kerana tidak pernah bermain di La Liga dan beliau telah melihat apa yang berlaku kepada rakan senegaranya, Nicolas Anelka berikutan perpindahan £22 juta pemain itu dari Arsenal pada 1999 ke Real Madrid.

"Nico adalah pembelian presiden [Real Madrid] dan tidak sesuai dengan rancangan jurulatih.

"Keputusan saya untuk menyertai Arsenal bukan hanya mengenai wang tetapi juga peluang untuk bermain," katanya, sambil menambah bahawa dia tidak pernah bercakap dengan pengurus Real Madrid, Vicente Del Bosque, sedangkan dia sentiasa berkomunikasi dengan Arsene Wenger sejak Disember.

Beliau juga mendedahkan kekagumannya terhadap apa yang Wenger lakukan untuk karier rakan sepasukan antarabangsa, Thierry Henry, Patrick Vieira, Emmanuel Petit serta Anelka.

Pires memenangi dua kejuaraan liga dan tiga Piala FA sepanjang enam musim di Arsenal

Beliau disayangi di Arsenal dan memukau orang lain, merangkul anugerah Penulis Bola Sepak pada tahun 2002 dan dinamakan untuk tiga kali dalam pasukan Terbaik Tahunan PFA .

APA KATA WENGER

"Sukar untuk memilih satu atau dua sorotan tetapi dia sangat hebat dalam musim kemenangan berganda kami semasa kempen 2001/02 dan memberi sumbangan besar kepada musim tanpa kalah kami dengan 19 gol,” kata Wenger mengenainya.

APA KATA PIRES

"Arsene Wenger membawa saya ke dimensi lain dan membuat saya maju. 

"Memberi saya keyakinan untuk tampil dan menggantikan Overmars! 

"Saya benar-benar bergelut untuk enam bulan pertama, tidak dapat bermain dan gagal menjadi diri saya yang sebenar, saya terkejut dengan aksi [bolasepak Inggeris] terlalu keras, kasar, pemain dan kejam."

"Tetapi dia merasakan saya boleh menyesuaikan diri. 

"Dengan dia [Wenger], anda bebas di atas padang. 

"Saya tidak mengatakan saya boleh melakukan apa yang saya mahu, setiap pemain mempunyai misi, tetapi saya bebas dan saya mahu menjadi diri saya sendiri.

"Kekalahan yang paling menyakitkan saya ialah perlawanan akhir Liga Juara-Juara ketika Arsenal menentang Barcelona. 

"Apabila Arsene mengeluarkan saya [selepas Jens Lehmann dibuang padang], saya tidak percaya. 

"Bagi saya, dia akan mengeluarkan Hleb atau gandingan saya, Fabregas. 

"Ia bukan keangkuhan, tetapi saya boleh menyumbang secara menyerang dan saya mempunyai hubungan teknikal yang sangat baik dengan Titi [Henry]. 

"Jadi saya tenang, sangat yakin.

"Dan kemudian Titi memberitahu saya, ‘Pedro, awak yang keluar’ – dia berkata saya mempunyai wajah yang kelihatan seperti saya boleh dipanggil Pedro – ‘Apa?’. 

"Dan saya melihat nombor 7 di papan penggantian. 

"Ia dahsyat! Saya berjalan melepasi jurulatih, kami tidak berpandangan antara satu sama lain. 

"Saya pergi duduk, sangat marah dan kemudian saya memberitahu diri saya sendiri, 'apa yang saya mahu adalah untuk kita menang'. 

"Dua hari kemudian, saya memberitahunya saya akan pergi. 

"Ia mencetuskan pemergian saya. 

"Dia tidak menjangkakannya. 

"Saya juga terpaksa beralih kepada sesuatu yang lain, tetapi selepas perlawanan akhir terdapat semacam perpisahan."

APA KATA RAKAN THE GUNNERS

"Anda sememangnya tidak boleh melakukan percubaan tanpa penglibatan Robert Pires," kata legenda The Gunners, Parlour kepada talkSPORT Breakfast.

"Anda tidak boleh mencuba untuk membuat percubaan jika dia sekali pun tidak menjejak ke belakang, kerana dia sangat bagus untuk maju ke hadapan.

"Tetapi jika anda telah mencubanya [tanpa penglibatan Pires], dia akan menjadi kurang berminat dan tidak akan memberi kerjasama, malah dia tidak mahu mengambil bola pun!

"Arsene Wenger mengenalinya dan mengetahui dengan mendalam, dengan apa yang dia boleh buat dan dengan siapa dia boleh bermain.

"Saya masih ingat Pat Rice, kami masuk pada separuh masa dalam satu perlawanan dan Robert tidak bermain dengan baik, dan Pat menjerit kepadanya…

"Tetapi Arsene Wenger berkata: ‘Jangan, diam Pat!’

"'Teruskan Robert,' katanya [Wenger]. 'Terus berusaha dapatkan bola, teruskan mencuba'.

"Anda tahu jika anda cuba memaksa dan mengecam Robert, anda mungkin terpaksa mengeluarkannya, kerana dia tidak akan memberi respon terhadap arahan seperti itu.

"Pemain lain akan memberi tindak balas kepada arahan dan jeritan yang dilontarkan kepadanya, jadi sebagai pengurus, anda benar-benar perlu mengetahui watak yang anda boleh memaksa dan pemain akan bertindak balas terhadapnya.

"Arsene Wenger mempunyainya [kebolehan itu]."

PEMERGIAN

Bagaimanapun, masanya berakhir dalam suasana yang mengecewakan apabila The Gunners tewas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2006 dan dia digantikan selepas 20 minit kerana kad merah yang diterima Jens Lehmann. 

Pada usia 32 tahun, Arsenal menawarkan kontrak lanjutan selama setahun sedangkan beliau mahukan lebih lama dan akhirnya dia menyertai Villarreal pada 2006.

PERSARAAN

Pires dilepaskan Goa pada 13 Mac 2015 dan pada 25 Februari 2016, beliau mengumumkan persaraannya daripada bolasepak profesional. 

Beliau juga pernah menyatakan minatnya dan didekati oleh Arsene Wenger berkenaan dengan peranan kejurulatihan. 

Sejak 2016, Pires telah memulakan kariernya sebagai jurulatih bolasepak bersama pasukan utama dan simpanan Arsenal, namun tidak dapat dipastikan kontrak sebenar beliau bersama The Gunners.

Pun begitu, pada tahun 2020, Pires telah mengeluarkan kenyataan di mana Arsenal telah menolak tawaran daripadanya untuk membantu dan berkata The Gunners sepatutnya lebih bergantung kepada bekas pemain.

Pires juga pernah menawarkan khidmatnya kepada Arsenal semasa era pemerintahan Emery, tetapi walaupun mendapat reaksi positif daripada pengurus Sepanyol itu, The Gunners tetap menolaknya.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengenai karier dan apa yang dilakukan Robert Pires.

Apa yang pasti, Pires masih dihantui oleh penggantian - keputusan Arsene Wenger untuk menggantikannya dalam perlawanan terbesar untuk kelab dalam kariernya yang seterusnya meyakinkannya untuk meninggalkan Emirates.

Namun, sekali menjadi Gunner, selamanya Gunner!

REKOD PENAMPILAN DAN KELAB DIWAKILI

Tahun Kelab Penampilan Jaringan Bantuan
1993–1998 Metz 174 46 5
1998–2000 Marseille 93 14 21
2000–2006 Arsenal 282 85 60
2006–2010 Villarreal 129 18 15
2010–2011 Aston Villa 12 1 -
2014–2015 FC Goa 8 1 -
JUMLAH 698 165 101


Post a Comment

Previous Post Next Post