Pada Hari Ini - 4 Julai dalam sejarah Arsenal.

Pada hari ini - mungkin tarikh mencetuskan perdebatan di kalangan kita selaku peminat dan penyokong Arsenal yang berpengkalan di Malaysia.

Berkenaan tarikh kejadian - perkara yang dilaporkan ini mungkin dilihat lewat sehari kerana Malaysia berada dihadapan England kira-kira 7-8 jam lebih awal.

Jadi tarikh mungkin mencetuskan sedikit perdebatan kerana seandainya perkara berlaku pada 8 malam di UK, pada tarikh 3 Julai... Maka kita Malaysia sudah pun berada di 4 Julai.

Penulis memohon maaf terlebih dahulu berkenaan penentuan tarikh sebenar ini.

Apa-apa pun penulis cuba yang terbaik untuk memberikan maklumat yang sepadu dan tepat mungkin.

Berbalik kepada tarikh hari ini - 4 Julai (atau mungkin 3 Julai mengikut tarikh UK), antara peristiwa menarik terjadi dengan kelab kesayangan kita semua adalah seperti berikut:

  • 3 Julai 1996 : Tommy Black menandatangani kontrak profesionalnya bersama Arsenal. 

Black memulakan kariernya bersama Arsenal sebagai pelatih, di mana dia bermain bersama abangnya Michael. 

Tommy Black (kanan).

Black adalah pemain tetap dalam pasukan Arsenal yang memenangi Liga Perdana Belia 1998 dan kemudiannya dipinjamkan sebanyak dua kali selama, dengan sebulan kepada Carlisle United dan selama sebulan bersama Bristol City.

Dia hanya membuat dua penampilan pasukan utama untuk Arsenal, satu dalam Piala Liga ketika menentang Middlesbrough pada 30 November 1999, yang mana Arsenal tewas menerusi sepakan penalti.

Dan satu lagi dalam saingan Liga Perdana, dalam kemenangan 1–0 menentang Everton pada 29 April 2000, sebagai pemain gantian.

Dia kemudiannya dijual kepada Crystal Palace pada 21 Julai 2000. 

Black bermain untuk 13 kelab, yang terakhir ialah Debden Sports yang bermain dalam Liga Bolasepak Olimpik Essex pada musim 2012/13.

Rujukan : Arsenal

  • 3 Julai 1997: Alex Manninger menyertai Arsenal dari Grazer AK dengan yuran perpindahan £1 juta. 

Pada tahun 1998, dengan kecederaan yang dialami oleh David Seaman, Manninger telah membuat penampilan untuk pasukan utama The Gunners dan bermain enam perlawanan tanpa bolos gol.

Perlawanan terakhir daripada enam perlawanan itu tadi adalah menentang Manchester United di Old Trafford, di mana Arsenal menang 1–0.

Pada Mac 1998, beliau dinamakan Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Manninger terpaksa memberi laluan kepada Seaman sebaik sahaja pemain Inggeris itu kembali daripada kecederaan.

Walaupun hanya bermain 7 perlawanan pada musim 1997/98 (hanya memerlukan 10 perlawanan untuk dinobatkan secara automatik selaku juara liga), Manninger telah diberikan kedudukan istimewa ataupun pengecualian khas untuk menerima pingat kejuaraan.

Ini kerana sumbangannya kepada kemenangan dalam kejuaraan Arsenal dianggap cukup penting. 

Manninger mungkin hanya membuat 63 permulaan sepanjang lima tahun di Utara London tetapi penjaga gol Austria itu berhak mendapat pujian yang lebih daripada yang sering diterimanya.

Dia juga membuat 5 penampilan dalam saingan Piala FA Arsenal.

Kemuncak penampilan Manninger datang pada perlawanan ulangan suku akhir di West Ham United.

Perlawanan itu menuju ke penentuan penalti dan dia menyelamatkan sepakan penalti Eyal Berkovic untuk membantu Arsenal mara ke separuh akhir.

Dia berada di bangku simpanan ketika Arsenal memenangi perlawanan Akhir Piala FA 1998 untuk melengkapkan kejuaraan berganda The Gunners.

Rujukan dan sumber: Arsenal

  • 3 Julai 2000: Robert Pires menandatangani kontrak bersama Arsenal dari Marseille untuk jumlah yang sangat rendah iaitu £5 juta

Juga pada musim panas itu, Arsenal telah membeli Wiltord pada harga £13 juta dan Overmars pergi ke Barcelona dengan harga £25 juta.

  • 3 Julai 2000: Eduardo Cesar Daude Gaspar (Edu) menyertai Arsenal dari Corinthians. 

Malangnya pasport Portugalnya adalah palsu, tetapi dia layak menerima pasport Itali kerana bapanya adalah orang Itali. 

Selepas pada mulanya merancang untuk menyertai Arsenal pada tahun 2000, perpindahannya ditangguhkan selepas menyedari bahawa dia memiliki pasport Portugal palsu. 

Beberapa bulan kemudian, selepas layak mendapat pasport Kesatuan Eropah (EU) (dibantu oleh keturunan Itali di sebelah bapanya), dia menandatangani kontrak untuk Arsenal pada 16 Januari 2001 dengan harga £6 juta. 

Tempoh awal Edu bersama Arsenal sedikit terumbang ambing setelah dia kehilangan kakaknya yang maut dalam kemalangan kereta.

Pada 2019 dia kembali ke Arsenal sebagai pengarah, setelah bekerja dengan pasukan kebangsaan Brazil.

  • 3 Julai 2001: Sol Campbell menandatangani kontrak bersama Arsenal selepas 11 tahun mewakili Tottenham. 

Campbell memilih untuk menyertai Arsenal, bukan sahaja kerana The Gunners lebih berkemungkinan untuk merebut gelaran, tetapi mereka juga berjanji untuk menyokong Campbell dengan tegas.

Dia telah bermain 255 kali untuk Tottenham dan kekal bersama Arsenal selama lima tahun sebelum berpindah ke Portsmouth.

  • 3 Julai 2013: Vito Mannone meninggalkan Arsenal, berpindah ke Sunderland untuk bayaran sekitar £2 juta. 

Dia terus bermain di final Piala Liga tahun itu setelah menentang Man United di separuh akhir dan menjadi pemain terbaik mereka. 

Mannone ditandatangani oleh Arsene Wenger pada musim panas 2005, menyertai Arsenal dari Atalanta dengan perjanjian tiga tahun, dengan bayaran pampasan £350,000.

Bagaimanapun selepas kekalahan 8-0 kepada Southampton pada 2014, dia tidak disenangi buat seketika. 

Pada 2020 beliau menyertai Monaco.

Post a Comment

Previous Post Next Post